BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

TAU SA PIAH..


Salam sejahtera untuk semua....dengan rasminya mat dah buat "Tau Sa Piah"....resipi asal mat dapat dari Great Lydia...dah lama berangan2 nak cuba, tapi asyik tertangguh saja...blogger2 lain ada yang dah berkali2 buat, sampai mereka jadi xpert, mat baru nak cuba..pastri dia rapuh dan sedap...berlapis2, intinya diperbuat dari kacang hijau. Untuk melihat teknik membuat langkah demi langkah, boleh lihat disini....(terima kasih "JO").

Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Inti:-
3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit, rendam 3 - 4 jam
3 camca besar minyak masak
2 ulas bawang merah kecil, cincang halus
1/2 cawan gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh parutan kulit oren

Bahan Lain:-
1 kuning telur
Sedikit bijan

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.
  2. UNTUK INTI:- Kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan garam, gula dan parutan kulit oren. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering. Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata. Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola sama saiz. (Inti boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk).
  3. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.
  4. ~:RUPA TAU SA PIAH YANG SIAP UNTUK DIBAKAR:~

2 comments:

Director : Guna dan Mala said...

Berminat sangat dengan resepi tau sa piah.

Saya tak dapat membuka blog mekar.
Saya nak tahu cara caranya. Harap dapat membantu.

mrgenius said...

Tq 4 recipe.. saya mencubanya... jadi dan cantik.. cuma terasa tepung yg ketara ketika makan... bagaimana mengatasinya... tq..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.