PRETZEL

Resipi asal dari Alma @ MyResipi, tapi mat beriya2 nak cuba bila tengok shamen buat...macam geramm pulak. Tapi teknik membentuk tu pada mulanya kekok skit, lepas 2 - 3 kali buat, terus ok dah, cuma masa mula membentuk, memang nampak macam pretzel, tapi bila doh roti tu dah naik montok, terus rupa pretzel jadi seakan2 sanggul Mak Bedah!!!!!

Bahan2 Doh :-)
1 1/4 cawan air
1 kuning telur
2 camca besar gula halus
1 camca teh garam
Sedikit lada sulah (mat tak letak)
3 1/2 cawan high protein flour (tepung roti)
1 camca besar instant yeast
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1 camca teh esen vanilla (tak letak dalam resipi asal)
1 camca teh bread softerner (tak letak dalam resipi asal)

Bahan Hiasan :-)
Putih telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan pukul sedikit dengan garfu)
Bijan untuk hiasan

Cara membuatnya:-)
  1. Satukan kesemua bahan2 doh dan gau hingga semua menjadi doh. Uli 25 - 30 minit untuk mendapaykan doh yg kenyal dan anjal. Bulat2kan, masuk dalam bekas dan tutup dengan plastic cling dan biarkan naik. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker (BM), pilih setting for dough dan tekan, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan doh kepada 20 bahagian (kurang lebih 45 g setiap bahagian), buatkan bentuk bebola dan ketepikan. Ambil sebiji doh, gentel hingga panjang kurang lebih 35cm, dan bentukkan menjadi pretzel. Alih ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit), sapu permukaan dgn bancuhan putih telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

Post a Comment

7 Comments

  1. Mat, cantiknya ko pintal roti ni, ko belajar dgn kakmOn ke, dia handal pintal cable wire katanya..hehe..Eh mat camna nk pintal lawa gitu, ko kena letak step by step tuu..Mat pintal cara lain ada x? Eee jari akak ni koraih jo raso, x menjadi ni kang..

    ReplyDelete
  2. Mat-cantiklah sanggul pretzel Mat. Lain sikit dari tipikal German sanggul. Kat German ni, Pretzel Masin paling popular dijual, tapi takdelah dengan pelbagai perasa mcam kedai2 kat Msia tu...

    ReplyDelete
  3. emmm nampak cam kenyal2 je preztel mat tu... tersanggul elok tol. Makan ngan kopi o...pepetang adohhhhhhhh mintak le sikit...

    ReplyDelete
  4. kakummi...
    Mat buat sorang jadi tak de sapa nk tangkap gambar laa...susah kak ummie buat je lah mcm mana bentuk pun, pastu boh nama lain..ahak.

    Siti...
    Ct, 1st time buat nih...dia mcm keras2 skit kan, tapi dalam lembut, sedap makan dgn sambal tumis...

    kakyu...
    Memang kakyu, kenyal, tapi dalam lembut...tapi kalau makan dgn kari, sos coklat atau sambal tumis lagi sedap leer...kalau celup kopi takut ada rasa "telur2"..

    ReplyDelete
  5. cantikkknyeeeeeeee pintal2 tuh...cik bawang suke pretzel yang garlic dengan cheese ngn honey...syokkk nye makan nih~!

    ReplyDelete
  6. oit org kat atas, korg dok ngumpat kakmOn ek.. ah matt ko dengo la cik normah tu, dia tak pcaya keja kakmOn pintal cable huhuhuhu esok kita tayang ek :p

    ReplyDelete
  7. kak mon bila tarikh nak dating dgn ho ah lin kat Brunei tuu?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.