BEN ASHAARI

Thursday, January 31, 2008

KUIH PAU

Hari ni merupakan hari "malas" bagi ah mat Gebu....malas nak tulis, malas nak komen, malas nak merayau2 dan malas nak marah2.....Tak pelah jom makan kuih pau....Resipi di bawah menghasilkan 10 biji kuih pau. Resipi boleh juga dapat disini..

Bahan-Bahannya :-)
240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

8 comments:

sitiazma said...

alaaa mat, naper tak ambik gambar terbelah dua ke..nak le nikmati rupanya intinya...

Jie said...

hah..tul tu ..sokong sitiazma.....gebunyaaaaaa pau mcm tuan dia je!

Mat Gebu said...

Ok laa..nanti mat rabak kan kain dia!!!

Ummi said...

Mat..ko malazz2 pun menjadi gak pau ni..akak lg malazz jadi gak pau..TAPAU..hehe...aa la nape ek, jangkit dari mana ni? angin monsun malazzz dtg tetiba je..betul le cuaca x menentu..hehe..

Mat Gebu said...

hahaha...tapi kan kak ummi, pau kalau buat hari malas nie, mcm kurang gebu laa..mat buat resipi yg sama (boleh tgk kat MyResipi), jadi lagi gebu, montox dan mengiurkan..tatau lah mungkin tepung tak elok, ragi dah uzur atau pun "mood" yg tak elok kot...mencciii leerr..kalau tau baik ikut cam kak ummi..taPAU ajee!!

aurikelsan said...

en mat gebu, saya nie anak dara baru nak terkedek2 blaja buat kueh.. dah 2x try buat pau..asyik xjadi je.. sampai rasa nak merajuk taknak buat pau..

1st buat,sy ikut resepi en mat gebu nie,beriya sy beli tepung pau tapi pakai baking powder biasa je..hasilnya dahla tak berapa lembut, kulit die jadik masin pulak..

2nd time buat, saya ikut resepi mana tah, xde bubuh garam pun..lg teruk hasilnya, pau jadi padat & bantat, tak gebu..kalau baling kat cermin keta sure pecah cermin tue..

sedih sgt....kat mana silap xtaula..

Mekar said...

Tak tau pulak buat pau ada letak cuka. Cik Mat, boley tau apa fungsi cuka dlm membuat pau ni tak ?TQ

Siti said...

cuba letak bread improver n bread softener...rasenya lg lembut

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.