NASI GORENG "GITU - GITU"...


Sempena hari malas sedunia, Mat cuma buat nasi goreng je hari nie.. Itu pun lepas merayau2 kat blog Datin Jun.....terus macam ternafsu pulak nak makan nasi goreng, tapi mat buat sendiri punya versi...lain hari baru buat macam datin jun punya yeaa.....

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan nasi (mat guna nasi sejuk jee)
4 tangkai kacang panjang, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos abalone (optional)
2 camca besar kicap cair
2 biji telur, dipukul dengan garfu
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh serbuk lada hitam

Bahan Sampingan :-)
Limau kasturi, dibelah dua
Hirisan cili hijau
Beberapa keping paperdem yang siap digoreng
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak + 1/2 camca teh minyak bijan dalam kuali, masukkan udang kering tumbuk, goreng hingga harum. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan bawang lembut.
  2. Masukkan sos tiram, sos abalone, kicap cair, kacang panjang dan serbuk lada hitam. Kacau hingga semua mesra. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur masak dan hancur. Masukkan nasi tadi dan kacau gaul hingga semua rata.
  3. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair. Alihkan nasi ke dalam pinggan dan tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Letak bahan2 sampingan sebelum dimakan.....yum yum!!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.