BEN ASHAARI

Monday, January 21, 2008

GULAI PUCUK UBI & BILIS TAMBAN

Gulai pucuk ubi dengan bilis tamban untuk ayah mat.....dia suka lauk2 macam ni, ada ikan masin dan nasi putih hangat dan cukup.....

Bahan-Bahannya :-)
Kurang lebih 1 cekak pucuk ubi (kami petik kat kebun saja)
2 cawan bilis tamban
1 biji kelapa, diparut
3 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
8 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
3 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dimesin halus)
Garam dan gula (jika perlu)

Cara membuatnya :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya. Cuci, toskan dan celur hingga separuh lembut. Toskan, cuci dengan air sejuk, perah dan potong kecil. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 3 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ikan bilis tamban dibuang sisik, belah dua dan buang tulang tengah, rendam 10 minit. Toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, asam gelugor, serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih atas daput. Gunakan api sederhana.
  3. Bila pucuk ubi lembut, tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika perlu). Masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan masin dan sambal belacan.

1 comment:

bersama kak Es said...

Kak Es dok perati kalau dulu dan sekarang persamaan ... gambar mesti serai dok kat atas ..
tapi sekarang lagi seni. gambar pun kaw2 punya lawa.

serai dulu cam kena ketuk tak hengat!!
hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.