BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Muffin yang mudah, ringkas dan sedap dari "Noreen UK". Jumlah muffin bergantung pada saiz muffin cup yang digunakan, jika gunakan muffin cup seperti dalam gambar, kita boleh dapat lebih kurang 12 biji muffin...

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...

5 comments:

haruka shouda said...

um sedap2
hahha

miss said...

cik mat..saya dah banyak kali buat muffin macam2 perasa guna resepi ni..tapi masalahnya kadang2 muffin saya tak naik di tengah2..tapi melimpah kot tepi...camne nak buat? pls help...

ieeda_dieeana said...

hemm... dh cuba.. tp naper tah xpecah muffin ni.. pe pun.. sedap bangat lah...

nahariah said...

A'kum Che Mat, saya pun ada masaalah yg sama mcm miss - muffin/cupcake tu jadi senget pulak..suhu tak betul ke apa ek!

About Tummy Yummy said...

mana beli bekas muffin tu? Canteknyer... If only they are available kat local supermarket di Pekan ni alangkah eloknyer.. Perlu cuba resipi ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.