BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

BANGKIT NYONYA



Hari ni mat saja nak mencuba resipi bangkit nyonya hasil sumbangan "Diana"....mudah dan senang...cuma mat ada tambah sikittt je lagi benda dalam tu...apa2 pun jom kita bakar kuih bangkit!!!..

Bahan-Bahannya:-
350 g tepung sagu ubi (mat cadangkan guna tepung sagu "rumbia")
3 helai daun pandan, dipotong2
150 g gula aising, diayak
20 g mentega
1 kuning telur
130 g pati santan (perah tanpa menggunakan air atau guna santan kotak)
50 g pati santan (untuk kegunaan lain)
Secubit baking powder


Cara membuatnya:-
  1. Tepung ubi disangai dalam kuali bersama2 daun pandan hingga ringan dan wangi, gunakan api perlahan selama 10 minit. Biarkan sejuk, kemudian ayak bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula aising, kuning telur dan mentega, kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Masukkan santan dan pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk atau tangan. Masukkan tepung hingga habis dan bancuh hingga menjadi doh.
  3. Tutup doh dengan kain lembap. Bagi doh tapi kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Boleh juga disepit untuk membuat corak. Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing2.
  4. Untuk adunan seterusnya, jika diuli ianya agak keras, boleh tambah 1 camca teh santan pekat (dari 50 g yang diasingkan tadi)
  5. Sejukkan kuih bangkit atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga membentuk kuih bangkit menggunakan acuan"putu kacang".

No comments: