RESIPI KARI UDANG

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak kari udang. Sebenarnya kari udang antara menu yang kurang mendapat perhatian kat rumah che mat, sebab dah biasa masa lemak kuning. Tapi ada kala bosan juga kan asyik lemak kuning ajer. Maka hari ni che mat masak kari sama terung. Udang pun cuma 3 ekor, tapi saiznya agak besar. Cukuplah sorang satu, kalau makan lebih2 nanti takut malam bergaru pulak. Resipi kari udang cara che mat agak ringkas dan tidak lah pekat sangat dan menggunakan santan yang agak minima, kurang lebih 1/4 cawan saja. Kalau tak nak taruk santan pun ok, tapi kari kurang menyengat sikit lah. Selain udang, boleh juga gantikan dengan ketam atau sotong. kata orang jika guna sotong, kita kena masak lama sikit, kurang lebih 25 - 30 minit agar sotong tu lembut, kalau goreng tak boleh lama, bab sotong tu hari lain kita cuba pulak. Sekarang ni jomm kita masak kari udang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor udang saiz besar
2 biji terung ungu
1 biji tomato
1 biji cili merah
1 biji cili hijau (tak letak, cili hijau habis)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar cili kisar
1/4 cawan santan pekat
1 kiub pati ikan bilis
2 camca besar penuh rempah kari ikan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN2 TUMBUK HALUS :-)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN2 TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, diketuk
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, cuci dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat 2 setiap 1, dan belah 2 setiap keratan, rendam. Tomato dibelah 4, cili merah dan cili hijau, dibelah 2 tapi tak putus dan direndam. Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan kacau hingga menjadi pes rempah, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/3 cawan. Masukkan bahan tumis dan masak hingga bawang layu. Tambah bahan tumbuk dan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, Masukkan sos cili, sos tomato dan pes rempah. Kacau rata dan masak hingga rempah garing dan naik minyak.
  3. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya, anggaran 700 ml, kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan udang, masak hingga udang berubah warna. Toskan terung dan masukkan ke dalam periuk. Kacau rata dan masak sekejap.
  4. Tambah santan, kacau dan perasakan dengan garam secukupnya.  Bila mendidih, boleh masukkan cili hijau, cili merah dan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.