Assalammualaikum, salam Ahad semua. Phewww...baru dapat nak mengadap laptop dan baru berkesempatan nak mengadap blog. Hari ni masak menu paling che mat suka, dan paling bess dimakan bersama nasi panas. Biasa sangat kan anda lihat resipi sayur lokio di blog che mat. Lokio atau ada juga orang2 belah utara panggil jambak, sejenis sayuran bebawang yang isi dia sedap, manis dan wangi. Daunnya seakan2 daun kucai tapi bulat dan berongga, kalau kucai daun dia leper dan kita tak cabut dengan isi2nya bila dimasak, hanya guna daunnya sahaja. Kali ni kira buat eksperiman sikit. Pagi tadi che mat goreng mi, jadi ada ada baki isi ayam yang tak habis guna. Apa kata kita masukkan dalam sayur lokio yang memang che mat nak tumis sama cencalok. Bila memasak ni kenalah cuba, kalau tak kita tatau sedap atau tidak kejadiannya. Yang ni che mat rasa sedap dan patut dikongsi bersama anda....Bagi yang nak mencuba, resipi seperti dibawah ini...
2 cekak sayur lokio (contoh di sini )
1/2 cawan isi ayam yang dihiris memanjang, cuci dan toskan
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Secubit garam
2 camca besar cencalok, perah sedikit airnya
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
3 biji cili hijau, hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sayur lokio dibersihkan, buang akarnya, kemudian potong bahagian bawangnya, ketepikan. Bahagian daun dikerat pendek (kurang lebih dalam ukuran 1 inci). Cuci dan toskan. Isi ayam digaul dengan serbuk lada sulah dan tambah sedikit garam. Gaul rata dan perap sekejap.
- Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan bawang besar. sos tiram dan cencalok. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Tambah hirisan cili merah, cili hijau dan ayam. Kacau dan masak hingga ayam berubah warna.
- Tuang air, kacau dan masak sekejap. Tambah bawang lokio, kacau dan masak hingga bawang lokio empuk. Tambah daunnya, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng....ehemm.
0 Comments