GULAI BIJI CEMPEDAK SAMA CENDAWAN KUKUR

rsz_1gulai_biji_cempedak_cendawan_kukur
Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni che mat rajin sikit, kalau rajin banyak nanti susah pulak. Sejak masak biji cempedak tempoh hari, rasa macam ketagih pulak. Hari ni che mat cuba masak gulai biji cempedak campur cendawan kukur dan taruk pulak tulang ikan masin kurau. Ini menu baru bagi che mat dan hasil percubaan ini memang tak menghampakan, rasa sedap dan harum dengan bau cendawan kukur, lemak2 biji cempedak yang direbus terlebih dahulu dan kuah gulai yang enak dengan aroma tulang ikan masin kurau. Sebenarnya che mat nak masak sama udang, tapi Bak tak boleh makan udang, jadi gantikan dengan tulang ikan masin kurau. Biji cempedak che mat rebus dulu hingga empuk, kemudian buang selupatnya dan baru dimasak. Kalau guna biji nangka pun boleh juga. Guna biji dari isi cempedak yang telah digoreng pun boleh, kumpul kemudian cuci dan rebus. Che mat rebus guna periuk tekanan ambik masa dalam 20 minit. Ok, che mat kongsikan resipi bagi anda yang ingin mencuba....

BAHAN - BAHANNYA :-)
30 biji isi cempedak
4 ketul tulang ikan kurau masin, cuci dan rendam 30 minit
1 cawan cendawan kukur, dibersihkan dan rendam
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, hiris kasar
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kuyit hidup
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus biji cempedak (taruk sedikit garam) hingga empuk. Toskan dan kemudian buang kulit arinya dan ketepikan. Cendawan kukur ditoskan, perah dan tumbuk sedikit (tumbuk kasi memar2 sahaja, jangan sampai hancur). Ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata. Masukkan cendawan dan tulang ikan masin kurau (toskan). Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan asam gelugor dan biji cempedak rebus. Kacau rata dan tuang pati santan, biar mendidih dengan api perlahan dan kacau sentiasa. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...Selamat mencuba!!.

Post a Comment

3 Comments

  1. first time tau ni..tapi cendawan kukur memang SA suka

    ReplyDelete
  2. Bagus resepi ni.. mempelbagaikan kegunaan bahan masakan untuk resepi yang kreatif. Daripada bahannya pun saya tahu, masakan ni memang sedap.

    Tahniah, blog masakan awak memang 'grand'.

    ReplyDelete
  3. Resepi awak memang hebat. Satu rekaan yang kreatif.

    Tahniah, blog awak memang 'grand'.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.