Assalammualaikum, salam semua. Hari ini 22 Ramadan dan tinggal seminggu lagi kita menyambut lebaran, in sha Allah. Macam, persiapan raya anda, dah siap semua?..Che mat tak de buat apa sangat, setakat memeriahkan meja hidangan saja. Buat masa ni rumah pun masih belum berkemas. Awal pagi tadi che mat melapis kek lapis yang menjadi kegemaran. Bila sebut kek lapis legit atau kek lapis rempah, mesti ada yang tak berapa suka. Tapi percayalah, kek lapis legit amat sedap cuma kena makan dalam kuantiti yang kecil. Kek lapis legit antara kek lapis yang berprofile tinggi dari segi penggunaan bahan mentah seperti mentega dan kuning telur. Tapi setahun sekali untuk lebaran, che mat rasa ok lah, tak ngeri sangat. Melapis kek tidak lah susah mana, seperti apa yang che mat tulis dalam entri2 kek lapis yang terdahulu, kek lapis ni memerlukan peruntukan masa yang agak banyak. Tapi hasilnya in sha Allah boleh dibanggakan...
Resipi kek lapis legit ni che mat dapat dari blog Kak Wan yang pakar membuat kek, agar2 dan pulut kuning untuk majlis2. Dan pertama kali buat tahun lepas, terus che mat simpan resipi sebagai resipi rujukan. Mengikut tradisi, kek lapis legit memang kaler macam dalam gambar tu, tapi tak salah jika anda nak jadikan ia berwarna warni. Tapi che mat lebih tradisional dan 'old school'. Untuk rempah kek lapis, che mat rekomen guna rempah 'spekkoek' yang diimport dari Indonesia. Rempah ini yang akan menjadikan kek lapis legit anda sedap. Boleh dapatkan di kedai2 menjual bahan2 baking. Ok, che mat tuliskan resipi seperti berikut. Baca betul2 ok....
450 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula kastor (che mat guna 120 gram)
20 biji kuning telur gred A
3 camca besar susu pekat manis
2 camca besar golden syrup
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pewarna kuning telur (cm letak 3/4 camca teh)
BAHAN-BAHAN B :-)
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
6 putih telur gred A
1/2 camca teh cream of tartar
BAHAN-BAHAN C :-)
220 gram tepung Hong Kong*
1 camca teh baking powder*
2 1/2 camca teh rempah spekkoek, contoh di sini *(*disatukan dan diayak)
Mentega cair untuk disapu pada kek
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lanser juga kertas tadi. Ketepikan.
- Putar mentega, susu pekat manis dan golden syrup hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu.
- Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning telur putar rata, ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang dan kentalMasukkan putih telur ke dalam adunan mentega dan gaul dengan kaedap kaup balik hingga sebati. Ok, jomm kita melapis..
- Masukkan tin ke dalam oven dan biar 1 - 2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan kek 4 camca besar penuh, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar api kepada fungsi grill atau api atas sahaja). Bila masak dan keperangan, keluarkan dan jika ada gelembong udara, cucuk perlahan dengan lidi sate dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis.
- Sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek, dan lapiskan dengan 4 camca besar adunan, dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi proses menekan, menyapu mentega cair dan melapis sehingga selesai dan lapisan akhir anda bakar guna api atas dan bawah selama 10 - 12 minit. Tutup tin kek dengan aluminium foil jika permukaan kek cepat perang. Sejukkan kek, keluarkan dari tin dan biar sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong.
CATATAN MAT GEBU :- Sebab mixing bowl untuk mixer che mat ada sebiji aje, maka ku putar dulu putih telur dulu, asingkan ke dalam mangkuk lain dan guna mangkuk tadi untuk putar mentega. Anda juga boleh warnakan adunan ikut suka dan bakar berlapis2 dengan warna berbeza mengikut kreativit anda. Dan seperti che mat selalu pesan. Bila kek betul2 sejuk. Potong kek kepada 4 bahagian, kemudian balut dengan plastik cling, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk....Selamat mencuba!!..
6 Comments
cantiknya kek, hebat teknik yang digunakan
ReplyDeletetergugatttt
ReplyDeletenak ciked
ReplyDeleteChe mat,cantiknye...halus sangat lapisan tu...saya org swak pun x mampu nak wat lapisan cantik mcm tu...terbaik!
ReplyDeleteSalam Lebaran Che Mat, saya dah cuba resipe ni. Tapi jadinya kering walaupun saya tetap sapu mentega pada setiap lapisan. Mungkin oven saya terlalu panas tak sebab tu dia kering sangat?
ReplyDeleteApa pendapat Che Mat?
Terima Kasih,,,
Minta izin dan kebenaran guna resepi Che Mat ya. Bukan yang ni je,baaaanyakk guna resepi Che Mat,compile and save siap2 takut hilang.
ReplyDelete