Salam semua, hari ni dah Khamis, bulann Syawal pun telah meninggalkan kita. Rutin harian berjalan seperti biasa. Hari ni atas permintaan che mat masak lagi sambal tumis petai dengan ikan bilis. Ingat nak guna sotong, tapi bonda suruh taruk ikan bilis. Dengan cuaca yang agak sejuk dan mendung, memang sesuai lah makan sambal tumis. Kalau ada ubi rebus lagi nyaman. Petai ni abang sulung che mat beli masa dia ke Perak tempoh hari. Satu ikat RM 40 kurang lebih 100 papan, pukul rata 40 sen satu papan. Yang che mat beli dulu 4 papan RM 4, tapi petai dia ada beza sikit dari yang che mat beli. Lebih tu mungkin nak bikin jeruk. Rasanya sambal tumis petai semua orang boleh buat. Dan ini antara hidangan kegemaran orang2 peranakan cina, kan mereka tu banyak dipengaruhi budaya orang Melayu. tu pasal hidangan mereka tak jauh beza, makan pun guna tangan. Ok, resipi seperti berikut....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan tos
4 - 5 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan 1/3 cawan minyak. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang sedikit air.
- Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah ikan bilis dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (yang ni ikut selera masing2 lah yea). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
2 Comments
Sedap ni che mat.. Ooo patut lah nmpk gmbr petai tu banyak sangat, nk buat jeruk juga ye. Untung la kan beli byk2, sini pun mahal gak che mat, kadang tu 3 papan sampai lima ringgit. Macam tak logik je mahal gitu.
ReplyDeletedelicious serving here
ReplyDelete