Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni makan mi kari, malas nak masak yang lain...errr...jangan caya apa che mat tulis, dia tipu aje tu. Sebenarnya masak juga nasi untuk yang lain makan. Tapi lauk betul2 ringkas, che mat masak tumis air daun ranti, ikan bawal goreng dan tauhu masak kicap sama taugeh dan kucai. Mi kari ni che mat buat untuk makan 2- 3 orang bergantung pada napsu serakah masing2 masa makan tu, kalau lapar tahap naga bertapa, boleh lah makan 2 orang, kalau kurang lapar 3 orang pun sesuai. Selain guna mi kuning, anda boleh ganti dengan mi hoon, kue teow atau spaghetti/pasta. Mi kari menjadi pilihan ramai orang2 kita terutama untuk majlis2 keraian atau dihidangkan dibulan puasa. Resipi ikut style che mat, dan anda boleh ubah suai mana yang perlu yea...Jommm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping besar bahagian kepak ayam, potong 4 setiap satu, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
7 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap 1
1 biji kecil terung unggu, potong kecil dan rendam
4 biji tauhu pok, kerat 2 setiap 1
1/4 cawan pati santan (boleh ganti dengan susu sejat)
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar, saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji buah keras
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah/cili hijau
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH KARI :- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Sementara itu satukan bahan kisar halus dengan rempah kari dan kacau rata hingga menjadi pes. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masak hingga ayam empuk. Masukkan fishcake, kiub ayam, terung (toskan), tauhu pok dan kacang sweet pea. Kacau dan masak sekejap. Tuang santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dan kacau selalu. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan...
- UNTUK MI KARI :- Masukkan secukupnya mi ke dalam bekas sesuai. Sendukkan kuah kari bersama isi2nya sekali. Hias dengan taugeh, hirisan cili merah/cili hijau, daun sup/daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi. Hidangkan segera, sedap dimakan selagi hangat..
5 Comments
Wow..!! mengancam...
ReplyDeleteAssalammualaikum..wah ada Mee kari lah rumah CMG arini..Selalu skodeng sini..memang melelekan air liur ku..
ReplyDeleteChe mat, saya buat tambah serai, halia dan lengkuas, next time nk cuba resepi che mat pula. tqv, :)
ReplyDeleteassalam cik mat, boleh ke ambik resepi ni, nak cuba kat rumah. sy minat sgt resepi en mat kat blog ni. mohon keizinan.
ReplyDelete@ imah mohamad - dipersilakan....takde masalah....dan terima kasih yea puan..
ReplyDelete