UBI REBUS SAMA SAMBAL CILI HIJAU..

rsz_ubi_rebos_sambal_hijau
Salam semua, suka tak?...suka tak?....waaa, ramai yang angguk2 kepala eks, errr..yang geleng2 pun ada juga. Ini sebenarnya sarapan che mat pagi tadi, ubi rebus sama sambal cili hijau. Sengaja nak letak untuk entri petang. Ubi dari kebun kami, tapi ni bukan tanam...errr, dulu2 memang Bak tanam lama2 dia jadi ubi cambah hasil dari batang2 ubi yang dilonggok2kan. Alhamdulillah ubi nya amat empuk dan berkanji. Abang Long che mat cabut semalam, sebab Bak nak makan ubi, maka pagi tadi bonda che mat kasi rebus dan untuk dimakan bersama ubi rebus, che mat bikin sambal cili hijau. Kalau anda nak makan dengan sambal tumis biasa pun tak salah, che mat saja2 kasi tukar selera sikit. Selain itu, ubi rebus amat serasi dimakan bersama ikan masin atau kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan hirisan gula melaka....

rsz_ubi_rebos_sambal_hijau1rsz_ubi_rebos_sambal_hijau2
Untuk entri ini che mat akan letak resipi sambal cili hijau saja. Yang ubi rebus tu tak perlu lah, sebab bukan susah sangat, cuma ubi kayu anda kerat dan kupas kulitnya. Cuci bersih dan rebus hingga empuk, jangan lupa bubuh garam sebelum anda rebus. Kemudian toskan airnya dan masak balik atas dapur hingga air rebusan ubi kering, ok siap dah untuk hidangan. Sambal hijau che mat guna cili hijau dan sedikit cili padi hijau. Kalau tak suka pedas, anda tak perlu tambah cili padi. Che mat guna ikan bilis dan kiub ikan bilis, tak guna belacan. Ada yang guna jus limau nipis atau gelugor untuk rasa masam sambal ni, tapi che mat guna asam jawa. Yang ni ikut anda, kalau nak rasa masam yang lebih 'authentic' boleh guna jus limau nipis...Ok kita lihat resipi...sambil2 tu..Jemput minum semua...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang holland, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (jika suka)

BAHAN-BAHAN DI KISAR:-)
150 gram cili hijau
10 biji cili padi hijau kampung
1 kiub ikan bilis
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang merah, bawang putih, kiub ikan bilis dan buah keras. Tuang sedikit air dan kisar hingga halus. Tambah cili padi dan cili hijau (patah2kan) dan kisar sekejap, tak perlu sampai cili terlalu lumat, setakat hancur sudah memadai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar tadi, masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis (toskan dan perah). Kacau rata.
  3. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika guna). Masukkan hirisan bawang holland. Kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus....ehemmm...jangan lupa baca bismillah, ok, sebelum santap.....

Post a Comment

5 Comments

  1. wah, dah lama tak amakn ubi rebus
    buat minum petang sedap ni
    adeh, rasa lapar pula

    ReplyDelete
  2. sedaaapnye sambal ijo tu, nak try buat laaa makan dgn ubi rebus ... tQ abg mat share resipi ni ...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.