BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING..

rsz_bread_pudding

Petang semua, assalammualaikum. Semalam dah cuti sehari dari berblog. Hari ni rasa macam nak cuti juga, tapi rasa boring pulak tak ke dapur. Jadi cm kasi buat resipi yang senang2 sajalah untuk entri kali ini. Jalan2 ke blog teman masakan dan singgah di blog Hana Jepun (err....jepun tu dulu lahh, sekarang dah Malaysian balik...hehe) dan ternampak resipi bread pudding yang amat2 mudah, siap ada sos kastard lagi. Bess juga kan, tapi cm takde roti biasa, cuma ada roti delicia butterscotch oleh Gardenia tu je. Alaa seperti biasa, kan kita buat dia, apa ada hal cuma roti delicia tu agak manis maka gula dia kena adjust kasi kurang. Dan disertakan sekali dengan sos kastard yang lemak dan kurang manis..hmm serius sedapp!!...

rsz_bread_pudding2

Kalau resipi asal guna dalam 7 - 8 keping roti, tapi cm buat 1/2 dari resipi asal dan guna 5 keping roti delicia butterscotch gardenia. Dan guna bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci. Cm taburkan juga dengan coklat cip (resipi asal guna kismis). Sedap dimakan sejuk atau suam, dan memang ngam sangat dengan sos kastard. Sesuai dijamu untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Satu lagi yang seronok sangat, buat dia amat2 senang, tak perlu banyak kerja. Main kacau2, lebur2 dan bakar..senang kan. Tapi cm ada buat gaya lain sikit lahh..tak banyak, sikitt jee...Ok jomm lihat resipi dan terima kasih sekali lagi Hana Jepun.....hidup awek Jawa Batu Pahat!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
  2. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera..

Post a Comment

22 Comments

  1. Ni utk berapa org makan ye cm? Tq

    ReplyDelete
  2. Ni utk berapa org makan ye cm? Tq

    ReplyDelete
  3. @ honeydanish - untuk 5 - 6 orang

    ReplyDelete
  4. salam, resepi puding roti cm yg dulu sy dah cuba. Siap bt n3 lagi. nnti sy nk cuba yg ni pulak. Ada masa cm tgk puding sy ni yer. hehe tq!

    http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/2013/01/nea-lopah-puding-roti.html

    ReplyDelete
  5. wahhh tak sabarnya nak buat sendiri... sedap sedap sedap

    ReplyDelete
  6. sedapnya kalau dapat...bila rajin nanti nak cuba la..roti tu baru anak habiskan semalam...

    ReplyDelete
  7. sedapnya...roti tu mkn mcm u je dah sedap,dibuat puding,mesti sedap.........

    ReplyDelete
  8. perghhh ni peberet somi saya ni.. nanti bila dia blk dr outstation bulan dpn saya nak try buatkan kat dialah.. tenkiuu che mat..

    pssttt.. tenkiuuu juga sbb sudi komen di blog meroyan saya hehe dan jutaan terima kasih atas pantun che mat tu.. saya bab pantun mmg fail kalau tak kompommm saya dah balas dah hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam. nak tanya apa beza bakar kek/pudding etc dlm bekas kaca @ tin?

    ReplyDelete
  10. salam mat..akak baru jek sampai balik kl dr jb kul 10 pm tadi..sori x sempat langsung nk contact mat masa kt jb..tadi masa lalu highway balik kl nmpak exit sedenak..kalu singgah sure dpt merasa puding butterscotch mat wat nih..kempunan sehh! hehe..

    ReplyDelete
  11. hmmm...sodappnyer!CMG, my febret ni!thanx for the recipe..nak try la.

    ReplyDelete
  12. ohh indahnya pemandangan, tentu indah sekali rasanya

    ReplyDelete
  13. feveret kter ni..ermm sedapnyer

    ReplyDelete
  14. blh cuba ni...mmg duk ngidam nak mkn puding roti ni.nyum3x

    ReplyDelete
  15. cik mat..kita dah try buat puding ni,memang sedap..
    thanks sebab sudi kongsi resepi dgn semua, especially yg tak terer mcm kita ni... :)

    ReplyDelete
  16. hi I ada buat puding ikut resipe nie.. semua ok jadi.. tp masa buat sos, kastard tak cair, jadi berbeku.. knp yer?

    ReplyDelete
  17. TQ kongsi resepi yang simple ni...dah cuba petang tadi...menjadi, Alhamdulillah... best sangat...
    Jika sudi singgah lah ke blog saya http://ummirdinacong.blogspot.com/
    TQ

    ReplyDelete
  18. Sedapnya...saya nk cuba buat la ikut resepi che mat..anak2 suka puding ni


    ReplyDelete
  19. plan nak buat hujung minggu nih sbb husband & anak2 suka puding roti. nampak mcm sedap. thanks for da recipe

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.