rsz_gulai_lemak_ketam
Salam semua, selamat tengah hari, errrr....kalau 1.30 tu kira tengah hari ke?..atau dah nak masuk petang?..mat kadang2 memang konpius benda2 macam ni. Satu lagi masalah mat gebu, perihal kanan dan kiri, kalau nak menunjuk arah mesti guna tangan kanan untuk arah ke kanan dan kiri untuk arah ke kiri...huhu, kelemahan ku yang begitu terserlah. Hari ni mat masak ketam, atas permintaan. Seperti biasa masak lemak dengan nenas. Jemu?....tak lah kan, kalau jemu mesti anda tak singgah. Kalau gulai ketam tu cuma resipi biasa2 saja. Setiap orang ada gaya mereka masak. Ada orang kata mat gebu masak gunakan bahan2 yang pelbagai. Nak kata apa, keluarga kami kalau masak memang macam tu, mungkin hasil gabungan beberapa budaya yang telah menjadi warisan dalam susur gulur keturunan kami....Kalau dah bersedia, jomm kita masak, jangan lupa beli ketam dulu...OK!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg ketam bunga (bersepit biru)
1 biji nenas madu saiz sederhana
3 batang serai
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
15 bij cili padi
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, kerat 2 setiap sekor jika ketam bersaiz besar, ketuk sepitnya. Kaki2 kecilnya dikerat sedikit. Cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas kemudian hiris kasar, ketepikan.
  2. Masukkan ketam dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih, jika perlu tambah sedikit air.
  3. Masukkan nenas dan masak sekejap. Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...