LEMPENG KELAPA DENGAN KARI SEMALAM..

rsz_dsc_8513
Nak menaip entri pun lemau semacam, bahaya nih, adakah itu tanda2 bersara...erkk..hehe. Oklah dari takde entri, meh sini mat letak entri lempeng kelapa. Sebenarnya ini sarapan pagi tadi, cuma tak dann nak letak masa pagi, jadi letak masa sekarang ni. Kalau sebut lempeng kelapa, ia amat sinonim dengan masyarakt melayu kita, terutama di kampung2. Sesuai dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Bak antara penggemar lempeng kelapa, sedap dimakan bersama kuah kari, sambal tumis atau pun bagi kanak2, cukup dicicah dengan gula pasir. Selalunya mat buat dalam non-stick pan comel bersaiz 4 inci, tapi kali ni mat buat lebar dan nipis, adunan juga mat cairkan sedikit. Tambah juga sedikit baking powder untuk mengekalkan kelembutan lempeng....Resipi mudah seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 3/4 cawan air (kalau nak pekat, guna 2 cawan air)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali garam. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sekejap
  2. Panaskan kuali atau mat guna non-stick pan saiz 7 inci, dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk atau ikut kesesuaian kuali anda. Ratakan adunan hingga rata. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng namak pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang. Angkat.
  3. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Pastikan anda lenser sedikit minyak pada kuali sebelum anda letak adunan lempeng tadi. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda...

Post a Comment

11 Comments

  1. lempeng pun sedap aper...cicah plk ngn sambal ikan bilis..fuhhhh sedap sungguh!!...

    ReplyDelete
  2. Salam, kalau campur cheese pun sedap, jadi lempeng kelapa berkeju. Boleh dapat kat blog saya.

    ReplyDelete
  3. kalau CMG buat ape pun sedap je kan pasti telriur semua orang dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Salam, CMG kalau kita tambah cheese pun sedap dah jadi lempeng kelapa cheese. (Org utara panggil cheesy peknga nyok).

    ReplyDelete
  5. blog ni dh jadi reference i nk masak2.

    ReplyDelete
  6. Kalau lawan ngan kari "semalam" tu yg buat sedap che mat!

    ReplyDelete
  7. sedapnya...tenkiu2x, bley cuba ptg ni

    ReplyDelete
  8. org kedah panggil peknga..hehehe..memang sedap dimakan

    ReplyDelete
  9. Nak sedap dan wangi lagi, gunakan air kelapa muda sebagai penagnti air biasa, Kelapa parut juga mestilah yang muda. Tepung pula gunakan tepung kek naik sendiri.

    ReplyDelete
  10. Mat, kalau guna desicated coconut ikut sama sukatan ke?

    ReplyDelete
  11. Mat, kalau guna desicated coconut ikut sama sukatan ke?

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.