KUIH CARA BERLAUK TUNA.

rsz_dsc_6520

Assalammualaikum, berbuka apa tadi. Diam tak diam dah masuk 2 minggu kita berpuasa dan mat pasti ramai blogger2 masakan dan mula buat biskut raya dan antaranya yang begitu menarik perhatian mat terutama dari segi kehalusan, kecermatan dan tertibnya beliau dalam membentuk dan menghias biksut raya tak lain tak bukan blogger ini, serius mat mengaku yang mat pun tak punya tahap kesabaran seperti beliau...Tabikkk!!!. Hari ni kalau ikut rancangan asal, mat juga akan mula membuat biskut raya, tapi atas faktor kesihatan kurang memuaskan, terpaksa mat tangguh dulu...mungkin esok, tak pun lusa..atau tak buat langsung...erkk..hehe, releks, kan mat kata dah, tahun ni aku buat biskut yang gentel2 dan picit2 saja.

rsz_dsc_6530

Tadi siang mat buat kuih cara tapi guna ikan tuna, sebab ada yang tak makan daging. Buat dia sama saja macam mat buat yang lepas2. Cuma tang inti itu sahaja mat ubah, yelah sebab guna ikan tuna. Buat dia mudah dan mat guna acuan baulu lama corak buah ceremai. Sebab acuan ni comel2 maka resipi ini akang menghasilkan kurang lebih 30+ biji, tapi itu semua bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Acuan mat letak atas dapur gas sahaja, tapi guna api yang paling kecil. Acuan tembaga ia agak berbeza sedikit, selain tebal, ia juga menyimpan haba, jadi kalau api besar, nanti jadi terlampau panas, kuih cara cepat hangus dan bahagian dalam tak masak. Ok kita lihat resipi pulak...Jommm...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, tos dan hancurkan
1 camca besar rempah kari ikan
1 biji bawang besar, didadu
1 ulas bawang putih, didadu halus
Sedikit hirisan halia, cincang halus
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1 pokok kecik daun sup, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum (yea...75 gram bukan salah tulis)
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
2-3 titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos cili dan rempah kari. Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil. Tambah ikan tuna, gaul rata. Tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Matikan api, masukkan hirisan daun sup dan cili merah yang didadu tadi (tinggal kan sedikit daun sup dan cili untuk hiasan), gaul rata dan sejukkan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan tepung, telur dan santan. Kacau rata dan masukkan mentega cair, sedikit garam dan pewarna kuning makana. Kacau dengan whisk hingga licin, tapis dan ketepikan. Atau anda boleh masukkan semua bahan2 tadi ke dalam blender dan kisar hingga sebati.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK TUNA :- Panaskan acuan pilihan anda atas dapur gas, guna api kecil. Sapu setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak. Bila panas tuang adunan kuih cara 3/4 penuh dalam setiap lubang acuan. Bila nampak sedikit pucat, sudukan 1/3 camca teh inti di bahagian atas setiap kuih cara tadi. Tabur sedikit cili merah yang didadu dan hirisan daun sup atasnya. Tutup sekejap permukaan acuan. Biar masak. 
  4. Bila permukaan kuih cara nampak pucat dan kenyal, cungkil keluar perlahan2, guna lidi sate yang bersih. Buat kaedah sama dengan baki bahan2 tadi. Pastikan anda lenser dengan minyak makan sebelum anda menuang bancuhan baru. Selamat mencuba!!.

Post a Comment

5 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, kecil dan comel2 semuanya. Ada sos lagi tu...

    Selamat bersahur awal pagi nanti cik Mat ;)

    ReplyDelete
  3. Harini Mat, saya bikin kuih cara berlauk inti daging ayam cincang...memulangkan pinggan jiran depan belakang kiri dan kanan...blog mat la saya buka terbentang di dapur nu siang tadi...
    alhamdulillah, sedap sungguh rasa dia...ada 4 ketul lagi saya sorok atas almari...tggu kanak2 tidur baru boleh dibaham dengan aman...kalau tidak ada yang mengecek! hehehe...
    Terima Kasih Daun Keladi, Mat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.