Malam semua, entri terakhir. Pancake satu benda yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Malaysia. Boleh dimakan dengan madu, ais krim atau maple syrup. Tapi mat makan dengan kuah asam pedas, biasalah kita yang buat dia... Yang dalam gambar ni, cuma untuk masuk blog saja dan mat curah syrup maple. Petang tadi saja2 lah nak test campur epal dalam adunan pancake. Lepas tu macam tercair. Hmm, nak letak tepung nanti jadi banyak, jadi kita gunakan idea, mat tambah quaker oats dalam 2 1/2 camca besar macam tu, dan biar sekejap. Bila oats tu kembang, secara tak langsung ia akan memekatkan adunan....selamat aku....phewwww!!
Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 5 - 6 keping pancake, tapi itu kalau anda buat dalam pan bersaiz 4 inci. Kalau buat dalam pan besar, mungkin dapat kurang dari tu. Tebal atau nipis, itu terpulang pada anda. Kalau mat, suka pancake yang tembam2 dan gebu. Gunakan api kecil dan lenser sedikit sahaja minyak pada non-stick pan, lap guna kitchen paper towel yang bersih. Tunggu hingga panas sedikit baru masukkan adunan pancake. Ia sesuai untuk sarapan dan minum petang. Selain itu anda boleh pelbagaikan gaya pancake ni, nak tambak keju pun boleh, nak letak jagung pun rasa mat takde masalah....Resipi seperti dibawah ini....dan entri pilihan DTS di sini....Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak zaitun)
1 1/2 camca besar gula halus
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan susu segar (mat guna low-fat milk)
1 biji epal hijau, kupas dan parut kasar
2 1/2 camca besat quaker oats
Secubit garam
Epal hijau, didadu besar2 untuk hiasan
Madu atau maple syrup untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung, garam, gula dan telur, kacau rata. Tuang susu sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga adunan bersatu dan tidak berbintil2. Masukkan epal hijau parut dan quaker oats. Gaul rata dan masukkan mentega cair. Gaul rata dan biarkan sekejap.
- Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci. Lenser dengan sedikit minyak (mat cuma sapu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam minyak masak). Kemudian letak sesenduk penuh adunan tadi, ratakan. Masak hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering (tutup dengan tudung periuk kecil untuk lebih cepat) dan bawahnya keperangan.
- Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kuning keemasan. Alih dalam pinggan. Lakukan kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan dengan epal yang didadu, kemudian curah sedikit madu atau maple syrup atas epal tadi dan biar ia meleleh. Hidangkan segera....
13 Comments
resepi yang berkhasiat =). nampak sedap pancake kali ini. ditambah dengan rasa epal
ReplyDeleteEeeee.. terujanya tengok pancake CMG... ogyep selalu juga buat, tapi tak pernah lah nak jadi tembam mcm tu.. Apa rahsianya ya? Bagitau la...
ReplyDeletebestnyerr....letak inti kacang jadi dorayaki..nyum2...
ReplyDeletepap pap pap... (bunyi tepuk pancake) tak sama mcm tepuk pau la mat!!!
ReplyDeletesedapnye Papa Mat..
ReplyDeletetak pandai buat..pernah beli yg segera..tp rasa dia cm pahit sikit..=)
teringin la pulak tgk resepi ni..
ReplyDeleteialahhh.. makan ngan asam pedas lagi sedap.... ngan asam pedas nyonya tu ke??? Terangkatttttttttt!!
ReplyDeletesangt menyelerakan...tp sy rasa tekak sy tak dpt terima pancake la....madu pon...hehe :D
ReplyDeletetp gambar kat sini amat menyelerakan
geram tenggok pancake mat.gebu macam tuan dia.kakna buat tak jadi macam ni.
ReplyDeletesalam,,cantik n cute rupa penkek abg mat ni,,sy dah byk kali try wat penkek tp xda rupa cute bgini,,huhu,,cmana nak buat tu ya??
ReplyDeletewaaah...mmg terangkat habes ni!~
ReplyDeletedh try buat last wik. tp tmbah choc chips. tp yg sedih nye.. jd hitam n hangit!!~ wakkakakaa.. plus silap gune tepung. gune tepung gandum!.. patut la x jd... huhuhuu...
akn cube buat lagi.. InsyaAllah.. :)
sedapnya... T_T
ReplyDeletesalam mat..mmg pancake ni nampak gebu sgt!...suker cicah ngan susu..hihi
ReplyDeleteMintak izin copy resepi sambal kering peparu..halalkn ya.TQ