ACAR BUAH PEACH BERKISMIS..

rsz_dsc_8760
Assalammualaikum, selamat petang. Ok dalam entri lepas mat letak resipi nasi beriani ayam yogurt kan, dan kali ni mat letak acar buah peach pulak. Sebab nasi tu dah ada ayam dalam dia, jadi mat tak masak lah lauk lagi, cuma makan dengan acar buah peach ni saja. Mat guna peach dalam tin tu, kita toskan airnya dan ambil dalam 3 camca besar. Acar ini sedap dan mat guna gula perang sebab buah peach tu sendiri dah manis, mat letak juga kismis hitam sebagai penambah rasa. Resipi acar ini takdelah susah sangat, cuma buah peach tu kita letak akhir sekali, masak dalam 4-5 minit macam tu, rasa dan boleh matikan api. Sedap dimakan selepas kita biarkan 3-4 jam, rasa dia lebih mesra. Jomm lihat resipi dia pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang buah peach dalam tin (mat guna cap ayam), kalau besar potong
1/3 cawan kismis hitam
10 biji bawang merah, belah dua setiap biji
5 ulas bawang putih, belah dua setiap biji
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 bahagian traffic light capsicum, didadu
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk halus
1/2 camca besar ketumbar biji*
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*(*disangai dan tumbuk halus)
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama Jalen)
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa (dalam 1/2 cawan)
3/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang putih, halia, udang kering, biji sawi, tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang ditumbuk halus tadi dan serbuk kunyit, kacau rata dan tumis hingga harum. Masukkan cuka dan gula perang, kacau rata. Masak dengan api perlahan.
  2. Masukkan bawang merah, trafficlgiht capsicum dan kismis, masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa, jangan banyak, kasi rasa lemak2 sudah. Akhir sekali masukkan buah peach. Masak dengan api perlahan, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keseimbangan rasa amat penting, mesti ada rasa manis, sedikit masin dan masam..

Post a Comment

7 Comments

  1. salam CMG...bestnya kalau masuk dapur cik mat ni...macam2 ada...hihiihi

    ReplyDelete
  2. ala sedapnye...dah terliur dah ni...!!

    ReplyDelete
  3. makkkkkkkkkkkkk! air liur ku bertakong teross...:)))

    ReplyDelete
  4. good n new idea ni.. Harus di coba satu hr nanti.. Tq 4 sharing

    ReplyDelete
  5. Sedapnyer cik mat.. terkecur.. ape pun cik mat sudi le singgah blog saya plak ekk i follow...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.