LEPAT PISANG DI PAGI 7 RAMADHAN..

P1300378
Jomm sarapan lepat pisang semua...hahaha, uikk akak tu bisik2..pstt apa kena si mat tu..donat stoberi ke, siap ngajak sarapan lagi...tah2 dia salah makan ubat..kan. Ha ah betul juga, ada ke patut bulan puasa gini, diajaknya bersarapan. Sori, sebenarnya ni semalam punya. Tapi mat letak ni hari, alah kan bulan puasa jadi jadual ada sikit lari lah, tak boleh dah entri fresh from mat gebu kitchen...tapi simpan sehari pun masih fresh lagi. Seperti macam mat pernah cerita dulu, rumah mat ni kira bahan2 mentah banyak, sebab ada stok pisang, bonda pun buat lah...dan ini lah hasilnya, mat tak buat, cuma tolong tengok, tolong susun dan tolong mim alif kap nun sahaja...erkk..hehe.. ok jommm...

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (tak letak...)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Post a Comment

5 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.