Salam petang semua, tak sampai 3 jam lagi kita akan berbuka puasa, insya Allah, dan selesailah hari ke-7 kita berpuasa. Seminggu sudah...hmmm, tau2 esok mula dah sibuk buat biskut raya pulak. Mat kan tahun ni rasa malas sangat nak buat biskut raya, nak kena ada suntikan semangat nih, kasi rajin...apa2 pun bak kata Kak Ummi Kuantan, dah dekat2 nanti datang lah tu mood rajin..huhu. Petang ni nak share satu idea yang mat dapat dari blog rakan seblogger masak2 kami, iaitu Dayang Jack atau lebih mesra kami panggil DJ. Terima kasih DJ sudi share idea dan resipi. Sedap lah, mat ikut resipi dia cuma ada sikit je mat ganti bahan2, tu pun sebab mat tak de stok bahan asal yang Dj guna pakai, resipi asal di sini..Ok jom semak resipi, terima kasih Dayang Jack...
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 8 kping roti sandwich (mat guna Gardenia)
100 gram daging ayam cincang
1 keping cheesedale, dicarik kecil
2 camca besar susu sejat
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
Sedikit mix vege (mat ganti dengan traffic light capsicum yang didadu kecil)
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam
Garam jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam tadi dan gaul rata dan sedikit kering. Masukkan susu, chessdale, mix vegi (kalau guna) dan serbuk lada hitam, kacau rata. Masukkan mayonnaise, gaul dan rasa, jika perlu baru tambah garam. Angkat dan sejukkan.
- Ambil sekeping roti, buang tepi2nya, canai dengan torak (rolling pin) hingga leper. sapu dengan telur pada tepinya. Letak inti ditengah dan lipat membentuk 3 segi. tekan2 sedikit tepi2nya biar melekat. Tekan dengan garfu, buat hingga siap.
- Goreng dalam minyak berkepanasan sederhana hingga roti kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk yang lain. Hidangkan bersama sos kegemaran...
8 Comments
mmg semua sedap-sedap kalau time pose ni kan.. *_*
ReplyDeletemmg semua sedap-sedap kalau time pose ni kan.. *_*
ReplyDeleteCik Mat, saya pun baru skodeng umah kak dayang subuh tadi... nampak roti nie... konon2 nak buat lah... tup2 tgk roti yg tersadai tu dah expired... baru ingat nak abiskan stok roti...
ReplyDeleteWahaa terbaiklah. Nak share mknn bujang ni. :D
ReplyDeletecepat2 klik post comment sbb tk sggop tgk makann ktike ini
ReplyDeletewarghh roti..
ReplyDeletenyummy~ :DD
ReplyDeleteemm saya baru jer jenguk blog ni..hehheh best2 resepi dan mudah jer..thakns mat gebu hehehhe
ReplyDelete