PRATA SANDWICH....dan..."31.7 GIVEAWAY"

P1290541
Assalammualaikum, salam pagi Sabtu semua, dah sarapan?..Pagi ni mat tatau lah nak sarapan apa, kadang2 jemu dah asyik benda yang sama je...Lepas tu resipi yang mat buat pun seakan2 sama je kan..gasak leer. Mula2 pagi tadi ber sms kejap dengan Hajah Shafidah....Uikk sapa pulak ini hajjah..haha, nak tau tu tunggu nanti mat selitkan dalam entri masak2 akan datang yea. Kami ni sama2 blurr tatau apa nak sarapan, fidah suggest buat roti gulung dengan sosej, lepas tu salut serbuk roti dan goreng, mat dah nak buat, sekali cari dalam freezer, sosej elek, habis sudah..dahh kensel..Hmmm takpe lah kita gunakan idea, jadi cari lah apa2 yang ada lagi...last2 jumpa roti prata dan beberapa khazanah lain...

P1290546
Buat dia mudah, ala2 salad sandwich je. Isi dia mat guna udang dalam 10 ekor, yang dikukus dan potong kecil, tambah jejari ketam, capsicum, bawang dan bahan2 lain. Untuk resipi ini dapat 2 keping. Sedap dimakan begitu saja atau dengan sos kegemaran. Mat cuma bakar dalam kuali non-stick sahaja, cepat disediakan dan sesuai untuk sarapan atau minum petang...Terlanjur ni mat nak promot sikit satu Giveaway sepesel.....

Giveaway "31.7 GIVEAWAY" agak istinewa, ianya gabungan 4 blogger yang menyambut hari lahir sama tarikh - 31 hb Julai, cuma tahun berbeza. Mereka2 ni terdiri dari blogger2 hebat seperti Sunah, Cik Pulau, Cik Ali dan Gadis Melayu. Kalau anda nak join sila klik sini untuk mengetahui cara2 lebih lanjut.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti prata jenama "KAWAN"
10 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu
1/4 red capsicum, dadu kecil
2 batang jejari ketam, potong kecil
1 camca besar mayonnaise
1 camca besar sos thousand island
1/3 cawan parutan keju cheddar
Serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dikupas kulit dan kukus sekejap, sejukkan dan potong. Masukkan dalam bekas bersama semua bahan2 di atas kecuali roti prata. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Letak sekeping roti prata dan masak sekejap. Terbalikkan, biar sekejap, kemudian, letak 1/2 bahagian no. 1 pada sebahagian roti prata tadi. Berhati2 lipat dan tekan2 sedikit. Masak hingga kuning keemasan, terbalikkan dan masak hingga garing.
  3. Buat kaedah sama untuk baki roti prata dan inti tadi. Kerat pada 2 - 3 bahagian dan hidangkan bersama sos kegemaran atau begitu sahaja....Selamat mencuba..


Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih pcm! sayang pcm lebih lebih lebihhhhh~ hahahah~

    ReplyDelete
  2. sedapppp..
    kak es buat Baked Macaroni .
    geram sangat tgk idea Che Mat yang mencurah2 tuuuu

    ReplyDelete
  3. aku nampak gambar prata ni kat fb ko..tu yang aku datang nii. Itu roti gulung haaaa, nina manyak suka..lenkali leh buat lagi. Senang pun senang..

    ReplyDelete
  4. sedap yer... tak gemuk ke kalau makan ni. keh keh takut no gemok yer

    ReplyDelete
  5. kreatiff arr cik mat. simple n nice.

    ReplyDelete
  6. hai... tgk gambar pun dah nak terliur ... cuti ni nak cuba buat la...jadi ke tak belakang cerita..hehe

    -Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...

    ReplyDelete
  7. Yuhuuuuuuu....goyang2 jadi sandwich prata eh...hahahahhahah

    ReplyDelete
  8. Yuhuu Mat..apa khabar..heheheh
    aku jd babysitter ni Mat..jaga anak Jun..kekekek

    kekok semacam ko...bru nak melabuh bontot..dah bunyi..hahahhahha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.