KIRIM KWAY TEOW......DAPAT MEE LAKSA.

P1260034
Salam semua, huhu, n3 last malam ni..hmmm ni kes lawak pun yeaa. Petang tadi mat kirim kway teow kat "Bak", dia kata ok kang aku beli kway teow...lepas tu abah ku pun balik..dia kata ni kway teow...mat pun kata ok dan terima kasih juga. Lepas tu aku nak pi kemas2, sekali nampak, eh pesal kway teow bulat2 eks, tak leper, pi tengok sekali lagi...HAAA....ni mee laksaaa...pengggsannnn (>_<) . Adehh, tak pe lahh, jadi malam ni nya resipi terpaksa guaa kali derhaka tak hengat laa.. Mat sebenarnya kenan dengan gaya masakan "Muna" di sini, nampak sedap jeee...Haa ni satu lagi kejutan pada mat, memang aku salute lah sama budak media prima ni, sapa lagi kalau bukan "Ady Budika"..nampak jee macam tu...pandai masak koo, tak caya cuba pi blog dia kat sini....Jangan memain, jadi anak2 dara darling sekelian, kalau nak demand hantaran RM 20K kee, pastikan anda cekap juga di dapur macam Ady Budika..ok!. Orait dah settle semua, jomm tengok resipi pakcik mat pulak...Terima kasih Muna Cunn!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram kway teow (mat guna mee laksa basah)
12 biji bebola udang (tak letak)
150 gram daging ayam, hiris (mat guna daging batang pinang)
5 pokok saiz sederhana sawi bok choy, belah 2 setiap pokok, rendam dan toskan
2 camca teh cuka makan
2 camca teh cili kisar (mat guna sambal tumis)
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 camca teh cincangan halia*
1 camca teh cincangan bawang putih*
2 camca besar sos tiram*
1/2 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos ikan*
Lada hitam kisar secukupnya*
Gula secukup rasa*
Minyak bijan*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan yang disatukan bersama daging, gaul rata dan perap 30 minit. Didihkn air dalam periuk, letah sedikit garam dan celur sawi bok choy tadi kurang lebih 1 1/2 mint, toskan dan gaul dengan sedikit minyak bijan. Susun dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan daging tadi dan masak hingga kecut, tambah bebola udang (jika guna), tambah cili kisar dan tumis hingga harum. Tuang air dan cuka. Masak hingga pekat.
  3. Tambah kway teow dan gaul rata2. Masak sekejap dan rasa dan jika ok, alih dalam pinggan yang berisi bok choy tadi. Hidangkan segera. Sedap dimakan panas2...
KIRIM KWAY TEOW......DAPAT MEE LAKSA. KIRIM KWAY TEOW......DAPAT MEE LAKSA. Reviewed by Mat Gebu on 3/01/2011 10:30:00 PM Rating: 5

12 comments:

  1. cik mat..mesti kes bak, main order kat kedai..tanpa check barang..

    okeylah tu ada mee laksa..hehehe

    ady tu..dah terro memasak.....abislah kaum wanita..kita tutup dapur..hehehe

    ReplyDelete
  2. cantik...leh tiru lagi..hehhehee

    ReplyDelete
  3. @ ady - lepas ni try buat kek pulak..amacam?

    ReplyDelete
  4. habislah...jom kak ayu, kita tutup dapur...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap..oohh gian nak mask pakcik mat

    ReplyDelete
  6. kek?? tunggu aku beli pembakar kek dulu..hehehehe...

    ReplyDelete
  7. hehehe...camne la bak bleh tertukar kuay teow ngan mee laksa ekkk..ekeke..tapi xpe,wlau beli mee laksa,mesti kejadian nye sedap n cun melecun..

    ReplyDelete
  8. hahahahaha..lawak2..pecah perut No pg2 nih ahhaha..takpe, laksa pun laksa la kan abgMat hehe..nampak pun still menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. sedapny....hu4....gian nk msk dh nie....sbr3....dh x lm lg dh nk hbs....

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.