LAKSA SPAGHETTI ANGEL HAIR

P1250097
Salam semua, setelah bercuti beberapa N3, kali ni mat letak N3 resipi. Jangan risau mat gebu ok lahh, tak de masalah apa2..Ok ini mat masak semalam, biasalah mat gebu kalau tak menderhaka atau improvise mana2 resipi, sah lah tu bukan aku, tapi dari segi tatasusilanya, mat rasa tak melanggar apa2 etika kan. Kali ni mat cuba pelbagai gunakan angel hair spaghetti sebagai pengganti mee laksa. Pada mat lah banyak2 spaghetti, jenis angel hair ni paling digunapakai sebagai ganti mee tempatan seperti mee hoon atau mee kuning. Mat pernah kan buat satu dulu kat sini, rasa dia seakan2 mee hoon kasar goreng. Ok lihat resipi dia...jommmmm...

BAHAN KUAH :-)
2 keping dada ayam, potong kecil.
1 keping fish cake, hiris nipis
1 genggam daun kesom
1 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah baba's)
1 kiub pati ayam (optional)
1/2 cawan susu sejat "IDEAL"
Air secukupnya
1 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
3 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 keping hirisan lengkuas*
1 batang serai, hiris halus*
2 keping hirisan halia*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
Spaghetti angel hair, rebus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun
Hirisan halus timun
Hirisan halus bawang besar
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Sambal belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rempah kari bersama bahan kisar halus hingga sebati. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar + rempah kari hingga terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, daun kesom dan kiub ayam dan biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Tambah gula merah dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan susu cair, perlahankan api dan didihkan sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak secukupnya spaghetti dalam mangkuk sesuai, tuang kuah secukupnya bersama isi2nya, letakkan bahan lain, sambal belacan dan limau kasturi...

Post a Comment

16 Comments

  1. wow! saya peminat pasta! tak sangka boleh jadi laksa~ ;)

    ReplyDelete
  2. nape cik mat menyepikan diri....

    kalau derhaka bleh x? nak ganti kan spgt ngan mee kuning... :P

    ReplyDelete
  3. mokwo balik dulu sebb tiffin mokwo dah penuh ...!!haha
    mat! setiap masaalah pasti ada penyelesaian nye, tiap musibah pasti ada kebaikan nye!
    good to see yur back!

    ReplyDelete
  4. salam kembali bersiaran CMG..haha saya suka n3 menu cik mat hari ni...saya kat sini memang guna spagheti jer..:)

    ReplyDelete
  5. hmmm memang sedap. saya pun slalu guna angel hair and spaghetti je kalau masak laksa kuah putih atau laksa kuoh merah trengganu tu.

    ReplyDelete
  6. Che Mat.. angel hair kalau buat mee rebus, rasanya ok tak?

    ReplyDelete
  7. Nice to hear frm u again mat, jgn merajuk lagi ya... angel hair spaghetti ada 5 packet... nak masak apa x tau... mungkin leh cuba yg ni. kecur air liur dah ni...

    ReplyDelete
  8. Maaaaaaaaaaaaaaatttt....hehehee..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... selamat kembali on air che mat, nasib baik tak lama.. tak sempat pengunjung2 setia meroyan hehe

    ReplyDelete
  10. hihiih. cik mat, xpe, resipi menderhaka, x menderhaka sangat. hihiihih. ira xpernah wat resipi ni. interesting! ^^

    ReplyDelete
  11. sedap nampak..laksa cik mat..duk pk laksa johor tadi tp kuah banyak ye..terliur nak rasalah,,cik mat

    ReplyDelete
  12. @ sunah - bolehh, tapi kalau laksa johor kena guna spaghetti jenis biasa tu.

    @ melati - boleh sangat2 ganti dgn mee kuning...saya menyepi sekejapp sangat, tak sampai pun 2-3 hari..

    @ mokwonik - salam mokwo, laaa, bawak tiffin je ke, ingat nak bagi teko antik sama..

    @ mamawana - nanti boleh cuba yeaa..

    @ nieza - salam juga utk nieza, haha, yelah dok peratauan kan, spaghetti adalah alternatif terbaik.

    @ zarin - setuju, lagi satu rebus sekejap je dah lembut, rasa dia pun tak de lah aneh sangat kan.

    @ koko - mat rasa ok...boleh try nanti.

    @ kak rose - thank you dear kak rose, i am back on track now, so no worry yeaa...

    @ myra - erkk, mee gebus?..hmm resipi baru yeaa...

    @ kak ummi - hehehe, kak, apa2 nanti kita YM eks...

    @ cr - terima kasih ayuuuu....waaaa.

    @ kak nor - kak, saya pun tak tahan nak menjawab sms...huhu..

    @ bluberry - tuu diaa, ada yg dah menderhaka awal dat mat gebu rupnyaa...hehe

    @ suri - eceli ni bukan laksa johor tapi ala nyonya laksa yang telah di ubahsuai sedikit...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.