Assalammualaikum, salam untuk semua, hari ni mat cuti masak lauk-pauk. Sebab ada hal2 lain yang perlu dibereskan. Jadi mat akan letak resipi lain. Pernah makan cili sos?...Kalau yang ada campur betik pernah tak cuba?. Ni hari kan mat nak share satu resipi cili sos betik. Ini resipi dari MARDI. Abang mat yang sulung dulu dia kerja di MARDI, sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Johor Baharu. Jadi ada lah dia bawak balik resipi2 yang kiranya masa tu masih dalam proses R n D. Tapi kami sudah mencuba dulu. Memandangkan betik ada, jadi dari terbuang, mat buat lah sos cili betik nih. Mat ada letak sedikit bahan pengawet, seperti gambar dibawah. Kalau susah nak dapat, tak payah guna, cuma sos perlu disimpan dalam peti sejuk...
Boleh dibeli dikedai2 menjual bahan2 baking, penggunaanya sedikit sahaja, macam untuk sos ini hanya secubit atau anggara sebesar ulas jagung. Perlu dilarutkan dalam sedikit air. Penggunaan cuka makan pun perlu diletakkan terakhir dan masak sekejap dalam seminit, sebelum api dipadamkan....Mat share resipi nya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram betik masak ranum, kisar halis
100 gram cili merah
10 biji cili padi merah, jenis siam (optional)
100 ml air
250 gram gula pasir
15 gram garam (atau secukup rasa)
20 gram @ 6 ulas bawang putih
Sebesar ulas jagung (saiz ulas yang kecil) "Sodium Benzoate" , larutkan dengan 1/2 camca besar air
150 ml cuka makan, mat guna jenama "Jalen"
1/3 camca besar tepung ubi*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata )
CARA MEMBUATNYA :-)
Boleh dibeli dikedai2 menjual bahan2 baking, penggunaanya sedikit sahaja, macam untuk sos ini hanya secubit atau anggara sebesar ulas jagung. Perlu dilarutkan dalam sedikit air. Penggunaan cuka makan pun perlu diletakkan terakhir dan masak sekejap dalam seminit, sebelum api dipadamkan....Mat share resipi nya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram betik masak ranum, kisar halis
100 gram cili merah
10 biji cili padi merah, jenis siam (optional)
100 ml air
250 gram gula pasir
15 gram garam (atau secukup rasa)
20 gram @ 6 ulas bawang putih
Sebesar ulas jagung (saiz ulas yang kecil) "Sodium Benzoate" , larutkan dengan 1/2 camca besar air
150 ml cuka makan, mat guna jenama "Jalen"
1/3 camca besar tepung ubi*
1 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata )
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kisar halus cili merah, bawang putih dan cili padi dengan 100 ml air, tuang dalam periuk bersama betik kisar, gula pasir dan garam. Kacau dan masak hingga mendidih, perlahankan api dan masak hingga pekat sambil dikacau selalu.
- Masukkan cuka makan dan sodiun benzoate, kacau dan tuang bancuhan tepung ubi. Masak sekejap hingga sos kelihatan pekat dan berkilat. Matikan api. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalan botol yang bersih dan kering.
- Kalau tidak menggunakan sodium benzoate, simpan sos dalam peti sejuk.
20 Comments
Resepi yang unik.If the sauce is made from betik,ada bau betik tak and the taste ada rasa betik jugak tak?I am curious sebab I can't stand the smell of betik and tak suka makan betik.Thank you.
ReplyDeleteooooooooo..tu rupenyer pengawet....kalu guna tok kue2 kan cik mat...tarok skit2 jugak ker?
ReplyDeletesalam shereen..
ReplyDeleteTak de bau betik, just nice ala2 thai chili sauce....
salam miss...
Yep, kalau utk kek pun, tapi saya kan 1st time guna...hehe...
salam..hebat CMG..jarang nak jumpa perkongsian resepi macam ni...
ReplyDeleteaduss.. mat.. silau mata nengok bekas comel tuh..
ReplyDelete:))
salam che mat, dah letak pun watermark kat tengah2 gambo ya.. :)
ReplyDeleteAkak suka sos ni,masa kecik-kecik dulu mak akak selalu buat sos ni.
ReplyDeleteWaaaaaaaaaaaaaaa....minggu betik sedonia eh...selain betik, buah apa lgk boleh wat sos Mat? hehehhee...komain ko buat cili sos, ko nak sental cili kat molot sapa la eks...kat Selera Emas Caterer tu ke..hehehe, maklum hati panas...hehe
ReplyDeleteMat gebu: x sangka.....betik pun blh jd sos ye....kreatif!
ReplyDeletep/s: slm ziarah ke blog ini. Tq coz sudi ke blog saya dan jd follower saya......:)
KADANG2 ADE BUAH BETIK MASAK RANUM TAK TERMAKAN JUGAK....MACAM NI BOLEH LAH BUAT SOS ...BEST NYA! TK - KONGSI RESEPI
ReplyDeletesalam suri...
ReplyDeleteBiasa2 saja puan, hmm apa yang kita tau elok dikongsi bersama, jadi kalau kita mati tak delah terkubur mcm tu saja.
salam hann...
hehehe, alah bekas biasa2 jee tuu, tapi memang cute.
salam kak nor...
huhu, letak jelah dari makan hati.
salam azmah...
Tulah orang dulu2 sebenarnya yang mempelopori benda2 mcm ni..
salam kak ummii...
Hehehehe..
salam azzey...
Sama2...dan terima kasih pada anda juga.
salam sonata...
Boleh sangat tuu...
salam mat...haaa cam nih lah amek gambo...watermark dok kat tengah2..baru lah org lain x curik pic tuh!! kesian kat mat!
ReplyDeletesalam mokwonik...
ReplyDeleteHehehe, terima kasihh..
kalu guna nanas pon bes..pernah beli sos nanas..sedap jugak..tp tak tau buat..huhuhuh..ari tuh g johor..org bagi cenderahati sos nenas...makan ngan ikan celup tepong,ayam goreng...sedap...cik mat ade resepi..kongsi r...
ReplyDeleteCik mat klau gmbr kena curi lagi sy cdgkan ltk watermark tu atas bawah kiri kanan dan tgh....ok tak???
ReplyDeleteBiar rimas si pencopek tu nk padam kan!!
salam en mat. nak tanya. sodium benzoate tu apa fungsinya? t.kasih.
ReplyDeletesalam aziramsa..
ReplyDeleteSodiun benzoate tu bahan pengawet, untuk mengelakkan sos tu berkulat. tapi kena ikut sukatan yng betul..
Salam CMG..mak Sally pun still buat sos ni dari dulu2 lagi..anaknya tukang pau jer lah..tapi mak buat selalunya simpan dalam peti ais. Nnt nak cakap ngan mak guna pengwet ni la so xyah sumbat 10-12 botol tu dlm peti. Sedap makan dengan keropok kan CMG.
ReplyDeleteAssalammualaikum mat nak tanya kalau betik tu kita gantikan dengan kacang merah boleh tak selain dari buah betik.
ReplyDeleteSaja nak cuba
Terima kasih kerana berkongsi resepi...
ReplyDelete