mf1
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan ke, ok mat letak N3 secepat mungkin, sebab ada benda nak diuruskan. Ok ni resipi R n D, mat tak boleh jamin rasa dis sedap ke tak, tapi so far not bad lah. Tadi kan mat tiba2 nak cuba test mee maggi dibuat ala2 muffin, dan resipi mat cedok dari pelbagai sumber dalam blog DTS. Hasilnya agak memberangsangkan juga. Mat guna mee maggi perisa kari. Jumlah yang dapat tu bergantung pada saiz muffin cup, jika besar dapat sikit, dan jika comel2 dapat lah banyak. Boleh juga dihidangkan bersama cili sos atau apa2 sos kegemaran anda...

Amacam, cun tak?..Hehe, bila dah sejuk, ia lembut jee. Minum dengan kopi panas pun sedap. Cuma dalam gambar tu tak berapa nak nampak lah mee maggi dia, huhu. Lagi satu, mat guna sosej ayamas, kalau anda nak guna udang segar yang dipotong kecil pun ok, tak de masalah. Nak tambah keju parut atas dia pun boleh, tapi mat rasakan, tak payah pun tak pe, nanti muak. Oh yeaa ingat tak N3 "kalau ben 3 ribu....mat 7 ribuu!!..itu adalah antara resipi yang ben ketarakan pada mat dulu, pasal kerjasama ini, hingga timbul kes skandal Mat-Ben. Sekarang BA ada letak satu resipi diblog beliau, nak tau klik sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket maggi perisa kari
2 biji telur
100 ml susu segar
1 camca besar mayonnaise
1 biji sederhana bawang besar, didadu
1 biji cili merah, hiris halus
1 pokok kecil daun bawang, hiris
2 camca besar mentega, dicairkan
1 cawan tepung naik sendiri*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh gula halus
Secubit garam
1 batang sosej ayamas, didadu kecil
Hirisan daun bawang sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Mee maggi dicelur lembut, tos dan biar sejuk, ketepikan.
  2. Satukan tepung bersama sosej, bawang besar, cili merah, perisa kari (dari dalam paket maggi), secubit garam, mee maggi dan daun bawang yang dihiris. Gaul rata2.
  3. Dalam bekas lain, satukan susu, gula telur, mayonnaise, mentega cair dan kacau hingga sebati dan gula larut. Tuang ke dalam no 2, kacau dengan spatula hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, tabur dengan hirisan daun bawang untuk hiasan dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan panas atau sejuk mengikut citarasa masing2...Selamat mencuba..