MENU BERPROFILE RENDAH....APA AGAKNYA?

bendi goreng dengan telur
Assalammualaikum, salam Sabtu. Tajuk N3 kali ni mat tak letak nama resipi, tapi lebih kepada "keadaan resipi" itu sendiri. Kadang-kala mat fikir betul juga, dalam blog tiffinbiru ni menu semua berprofile tinggi, ala2 dari golongan bangsawan, jarang yang dari kaum marhaen. Apa nak di buat kan, sebab itu yang mat masak, dan secara peribadi tidak lah memaksa sesiapa menurut 100%, just use your creativity and imagination to prepare your own original recipes, apa yang mat tulis hanya sebagai panduan dan idea, ok contoh kalau kari guna santan, boleh ganti dengan susu cair, butter memang mewah dengan lemak tepu, ok ganti lah dengan low fat margarine cuma kalau hasil produk tu tidak mencapai piawaian tekak keluarga anda, jangan pulak dipersalah kan mat gebu...sebab bahan2 dalam masakan memainkan peranan yang amat besar. Kalau dah tukar mesti lah lain rasanya...jadi mat harap sangat lah anda faham. Hari ni mat cuma masak Bendi goreng dengan telur, tu pun sebab terpandang menu ni di blog Kak Nor Secubitgaram....tergodaa pak tua...hehe..

singgang ikan puput
Lepas tu untuk abah mat mesti lah lauk kegemaran dia, aku dan engkau...singgang ikan, haha, tu hari senggang ikan selar kuning @ ikan cekik leher, tapi ni hari kasi tukar dengan ikan puput.. Ikan ni segar baru naik dari laut. Walaupun tulang agak banyak, tapi isi dia hmmmm halus, lemak dan manis..mat gebu suka...Ok lah mat share resipi bendi tu saja, singgang ni anda boleh lihat disini... cuma perlu tukar ikan saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
Sedikit air
1 biji telur, dikacau sedikit (mat letak 2 biji..hehe)
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang bendi dihiris serong nipis, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah cili kisar dan sos tiram, tumis hingga terbit minyak. Masukkan bendi, asam gelugor dan sedikit air, kacau dan biar bendi masak sekejap.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kecilkan api, tuang telur tadi pada sekeliling kuali. Biar telur sedikit mengeras dan gaul rata2 dengan bendi tadi. Masak hingga kelihatan kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah sebelum dihidangkan...
MENU BERPROFILE RENDAH....APA AGAKNYA? MENU BERPROFILE RENDAH....APA AGAKNYA? Reviewed by Mat Gebu on 10/16/2010 10:35:00 AM Rating: 5

5 comments:

  1. assalamualaikum mat,
    akak suke ape yg mat masak.... bahan bahan yang mat guna pon biasanye insyaallah ade dlm rumah... hihi. go mat go! teruskan memasak.

    ReplyDelete
  2. mat, betul ke asam gelugor tu boleh hilangkan lendir bende tu? soklan bodoh dari kak rose... penah baca tp x penah cuber!

    ReplyDelete
  3. hihihih resepi yg sesuai utk ciklinn nih.. boleh menguruskan bdn

    ReplyDelete
  4. En MG, petua nenek saya, ikan puput tu kalau nak kurangkan ancaman tulangnya, kelarkan badan ikan tu sebelum masak... sedapnyer ikan puput..... kat KL tak jumpa la....

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.