SOSEJ BLOSSOM BUN

Sosej Blossom Bun
Assalammualaikum...Cakkkk!! Jumpa lagi bersama mat gebu...amacam hari ni puasa, ok ke?.. Jom buat roti..hehe, biasa lah dengan bantuan BM mat atau Bibik Melayu ku yang seksi, anggun dan rajinn. Kadang2 mat heran, macam mana ada orang yang beli BM, menghadapi masalah. Setakat ni BM mat alhamdulillah bekerja dengan tekun tanpa sebarang masalah. Kali ni kan mat buat roti sosej biasa2 je tapi bentuk macam bunga...haaaa, tuu dah ada yang kata aku mat bunga pulak....hehehe, gasak leer korang, aiman tak kesahhh..

Sosej Blossom Bun
Untuk membentuknya tak susah, nanti boleh tengok gambar langkah demi langkah di bawah tu yea. Memang comey tapi kan bila dah naik kembang, dia ada sikit berubah bentuk, alaa macam orang juga, bila naik gebu kan rupa ada sikit lain, macam ai lah tu..hehehe. Adunan roti mat guna yang sama saja. Sebenarnyakan kepelbagaian ragam rupa bentuk roti bergantung pada kreativiti kita membentuknya..... hmmm cukup lah membebel's, nanti haus pulak..erkk guna jari pun tekak leh haus kee?...hehehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Post a Comment

9 Comments

  1. sedapnya.....

    alahai..meleleq air liur...
    nak buat kompom tak menjadi..

    ReplyDelete
  2. terliur la plak..nmpk mdh nk bt tp x thu la nnti klu try bt jd guane..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam cik mat..

    habaq mai sini, brand apa bibik melayu mat ni? byk sgt brand/model, tak tau yg mana yg elok la mat...

    ReplyDelete
  4. Mat, sedapnya nampak roti blossom kooo...Akak hari ni meroti tuna roll tu lagik...abglong dah bwk balik hostel td...kngah naik bas mlm ni kang...wat bekal sekali dgn kek cokelat masing2 tu....Maknya hari ni xduk diam kena masak awal2...huhuu

    ReplyDelete
  5. salam puan siti...
    Hehehe, jgn leer kata tak jadi. wanita tabah macam ayu insya allah boleh punyaa..

    salam juera...
    Insya allah jadi, tak susah sangat serius ni, lepas dah siap satu, yg lebih tu mesti jadi elok punya..

    salam rafidah...
    Ceq guna brand Kenwood, siri BM200, gherga masa beli tu kalau tak silap dalam RM490+...

    salam kak ummi...
    Wahh akak kerja keras nampak, tak pelahh...demi anak2..kann, termasuk abg rimau..grrrr!!..hahaha

    ReplyDelete
  6. owh, like that rupanya. tak pernah terfikir laa cara nya camtuh

    ReplyDelete
  7. salam cik mat,

    saye da try..jadi sangat2..thanx for the resipi..Oh ye,sye namekan roti ni roti sosej daisy =)

    http://miszlullaby.blogspot.com/2010/11/doctor-jual-rotiheheheroti-sosej-daisy.html

    ReplyDelete
  8. salam MG..mrny dh lme follow blog MG nie..b4 ade blog sndiri lg..boleh x nk minx copy n paste resepi u?gebus btul roti nie..nnt murny nk try la..

    ReplyDelete
  9. Sy dah try tp doh jd lembik...x jd la BSN tp roti jd sdap sgt...cuma x leh jd playdoh...so ape agaknya perlu buat...kalau lembik tu ape yg trlbih n ape trkurang hu..hu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.