PUFF TUNA KELOPAK.

Puff Tuna Kelopak
Salam pagi Ahad semua, dah bangun tidur keee...yelah kan hujung2 minggu ni kalau bermalas2 memang bess....golek2 kat tilam, ada tu golek2 kat lantai...hahaha, jangan tergolek kat tangga sudah laaahhh... Hari ni kan nak share satu resipi senang gunakan pastry puff. Tempoh hari masa mat menerima kunjungan blogger, mat ada buat puff tuna kelopak ni, tapi tak dann nak ambik gambar, tak sempat, jadi hari ni mat buat lagi sekali. Memandangkan inti nya masih berbaki dan anak2 buah mat pun suka. Buatnya senang, kali ni mat beli je pastry puff jenama "Kawan"..boleh beli kat Tesco. Mat buat yang comel2 saja, maknanya 1 keping pastry puff tu berukuran 4 inci x 4 inci, kita potong 4 bahagian sama besar dan dapat 2 ketul puff tuna kelopak. Kalau nak buat majlis2 kecil-kecilan, resipi ni sesuai, budak2 pun suka. Cuma pada mat lah ianya agak renyah dan rapuh, jadi nak makan kena lah berhati2, takut berterabur...

Puff Tuna Kelopak
Lagi satu kan, puff ni boleh juga dimakan bersama sos pilihan, nak makan macam tu saja pun tak de masalah. Berbalik pasal inti tu, kalau nak guna ikan sardine pun ok boleh saja... Pada mat lah, pastry macam ni harus kita ada di rumah, bukan apa penyediannya cepat, bayangkan kalau hari raya, ada lebihan rendang atau serunding daging pun kita boleh guna sebagai bahan isian...Hmm ok lah sejak bila lah mat gebu pandai membebel kannn....jom lah kita tengok resipi senang dan ringkas ini...

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Post a Comment

16 Comments

  1. Salaam Mat...

    Puff pastry dengan roti canai segera Kawan tu lain eh? Ala, malasnya nak keluar ke kedai. Apa kata, mama guna je puff pharata tu, dengan tuna cili... tengok aa, kejap lagi, kalau rajin, ma buat ler. Kalau tak, ko jangan ler tanya plak ye... ahahahahhahaa... macam ler tak biasa dengan mama ko ni haaa......

    ReplyDelete
  2. aku dah bgn tdo kali kedua... ke sini jugak aku perginyer! biler nampak puff rasa macam nak tdo smula sbb aku xde pastryyyy.. huwaaaaa malasnyer nak kuor g kedai! tp perot lapoo.. huH!

    ReplyDelete
  3. pastry ada lagi 5 keping dalm esbox, tapi malaslah plak nak kuarkannya... layan gmbr cik mat jelah yer

    ReplyDelete
  4. wah.. gebuu..
    lambat lagi boleh buat, tadak pastry..

    ReplyDelete
  5. Mat, waaah main kelopak2 pulak eh..cantiiikkk...meh la tukar dgn stoberi ciskek akak ni eh..ada la sikit lg tuk ko..ko xleh mkan byk2 cis kan..nnt kalau jatuh sungai ikan2 semua xnak bertelor sebab sonok sgt dpt lemak mahal kat badan ko..depa asyik maaaaakaaannn jek..hehe
    (*pssttt...jahat nya molot akak kata ko jatuh sungai eh..nasib x jatuh telaga kontang..hahahaa)

    ReplyDelete
  6. perghhhh gila rajin ko buat kulit puff mcm tu corak2 hhehee... cantek :p

    ReplyDelete
  7. ABANG MAT

    balik dari niaga...en zalie dah layan blog abang mat dulu..ayu dah lambat lah leh jengah kat sini....

    sedap tau puff ari tu...memang rajin cik mat..siapalah bertuah jadi isteri cik mat nie...
    (nak ayu kenalkan ker?..)

    ReplyDelete
  8. salam cik mat... selamat pagi isnin... hmmm sedap nampak puff tuna cik mat ni.. nak try wat gak ler... skrg ni senang nak cari kulit pastry ni kan.. dah siap pack.. beli and wat inti je.. ahakkss... ringan keje kat dapur.. kan kan...

    ReplyDelete
  9. Grrrr.... lapar-lapar... CMG, saya malas la nak buat benda-benda ni semua... Miahahhaha...

    CMG pos boleh..Ahaks..Gurau jer

    ReplyDelete
  10. cantik sangat kelopak pastri tu! rasa rasa nak buat jugak la. terima kasih yee.

    ReplyDelete
  11. cantiknya set 2...puff pun cantik...hehehe

    ReplyDelete
  12. as salam cik mat..
    nak bertanya ni..saya dh beberapa kali cuba buat puff ni..walaubagaimana pun puff saya rangup di luar tp dlm mentah..kdg2 sampai hangus tapak die..kalau wat puff kelopak plak..inti die naik hangus tp puff die cam x masak je..camne nak wat ek..saya bakar puff tu gune microwave..mmg x bley bakar puff gune mikrowave ek..ke salah seting ni...terliur tgk puff cik mat tp wat sendiri..kucing saya pun x lalu nak cium puff tu...mohon tunjuk ajar ye...terima kasih..

    ReplyDelete
  13. salam kenal...hr tu dh try buat..tp x jd kembang...hehehe

    ReplyDelete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  15. askum.cntik kelopk bunga tu mhon share bleh.mnta halal

    ReplyDelete
  16. askum.cntik kelopk bunga tu mhon share bleh.mnta halal

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.