PENGAT PISANG DAN UBI

Pengat Pisang Dan Ubi
Ok, sebelum "Selamat Malam" ala2 lagu pezal tahir tu, mat nak letak last N3 untuk hari dan malam ni, sebenarnya masak petang tadi, saja lah nak share, kalau tengok nama resipi pun...alaaaa, semua orang tau buat, masakkan cikai2 jee.. Pengat ialah satu manisan yang begitu sinonim dengan orang Johor, kalau bulan2 puasa kan, kira macam wajib, ada manisan macam ni..Biji sago rumbia salah satu bahan penting sebagai penyeri. Selain pisang, nangka, keledek, keladi, labu, ubi, pisang atau gabungan antara bahan2 tadi juga boleh dijadikan satu jenis pengat pelbagai isian... Ada juga orang2 jawa yang guna keladi "busuk" sebagai pengat, keladi tu bewarna hitam dan rasa kenyal bila dijadikan pengat...Rasa dia..hmmm....no comment...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
2 1/2 camca besar biji sago rumbia, cuci dan toskan
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu, dikupas, potong dadu dan rebus hingga empuk, toskan. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah ubi rebus dan biji sago rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
  3. Bila biji sago kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir (ikut suka, nak manis letak lebih, tapi pengat ni manis2 manja dah sedap....)
  4. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh dihidangkan panas atau sejuk, boleh juga dimakan bersama roti putih....

Post a Comment

14 Comments

  1. abang mat..ayu baru jer masak pengat ubi dan jagung....alahai..awat selera sama nie...

    sayang tak amik pic..kalau tak boleh publish

    ReplyDelete
  2. amboi ... ni yang tak tahan ni pengat pisang. rindunye kat mak punya pengat pisang.

    ReplyDelete
  3. takleh makan.. kencing manis.. gula tinggi.. huhuhu.. nak ckit..

    ReplyDelete
  4. salam puan siti...
    Laaa, pesal tak ambik gambar..at least boleh buat N3 kat blog...

    salam yatie...
    hahaha, dah agak dahh, kalau nampak yg tradisi2 ni mesti ingat kat mak..

    salam cikgu isza..
    Kalau ikutkan benda berkanji kena kurangkan...tak pe cikgu, insya allah penyakit tu akan terkawal...

    ReplyDelete
  5. salam encik mat...
    kalau la boleh dicapai pengat ni, mmg saya capai dah...sedapnya ubi kayu + pisang tanduk...dua2 pun feberet...org kg la katakan...

    ReplyDelete
  6. lamanya tak mkn pengat ubi. sedap kan! mak dulu rajin buat pengat pisang atau pengat ubi. kalau bulan posa pulak, mmg wajib beli pengat2 ni!

    ReplyDelete
  7. salam cik mat...
    kl buat sendirik macam tak sedap, jadiknya suh mak je...
    knp ek bila makanan2 tradisi je mesti yg mak kita buat sedap...?
    cik mat punya pengat mesti la sedap jugak...huhuhu!!!

    ReplyDelete
  8. tgk ubi mat tu sakit hati tau, sb pagi tadi akak kopek ubi nk buat talam......hampeh...busuk semua..

    org johor mmg suka pengat sb akak pun Johor jati beb!

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaa mkn pengat pisang petang² gini hehehhe

    ReplyDelete
  10. salam norain...
    Yeaa betul, saya pun suka jugaa...hehehe

    salam ain...
    Betul tu kak, kita orang2 Johor ni, kalau bulan puasa, mesti nak ada pengat....ada kala tu sampai nak pitam, menengok pengat...hahaha

    salam azian...
    Tak boleh disangkal, air tangan mak kita sendiri lah paling sedap...

    salam zanafahmi...
    Tulah yg tak suka, kalau plan kita nak buat aa2 terbantut oleh kerana bahan mentah tak elok..uik org johor juga ke, kat mana tu?.

    salam kaniedaz...
    sama lah, saya pun dah lama tak makan tu yg teragak sanngat...

    salam jiejah...
    setuju...setuju..kalau petang ni cuaca mendung, mmg sedap juga pekena pengat...

    ReplyDelete
  11. eh! nape ar ko panggey keladi tuh keladi busuk? busuk er mat? ker idong aku yg tersumbat!! hahahaha... sedap per mat! hihihi...

    ReplyDelete
  12. salam hana...
    Betul koo, mak usu aku kat Pontian kan dia siap busuk kan keladi tu bagi kaler hitam, mula2 dulu aku ingat mak usu aku tu lupa makan ubat, sebab "daging" dibuat pengat, sekali baru tau yg tu keladi busuk...erkkk...

    ReplyDelete
  13. ASSALAMMUALAIKUM MAT SAYA KONGSI YE RESEPI NI....DAH BANYAK KALI CUBA HASIL NYA MEMANG MEMUASKAN ..SUAMI PUN KATA SEDAP ....TERIMA KASIH SEMUA RESEPI DARI MAT PASTI MENJADI...DAH BANYAK YANG SAYA TELAH CUBA.SEMOGA MAT DIMURAH KAN REZEKI.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.