Assalammualaikum semua, salam Isnin, aikk lemah longlai jee, mesti sebab saki-baki cuti melekat kat body memasing kaannn... Ok hari ni seperti biasa lauk ulang tayang sebab itu je bahan mentah yang ada kat rumah. Kalau sesiapa yang tak boleh makan nangka tu mat minta maaf lah yeaa. Macam gulai nangka tu mat guna tulang ikan kurau masin, pada mat lah, kalau dapat tulang ikan masin tu kita nak guna baru dikerat pada bahagian2 kecil, yang penting kena kerat di bahagian "seggan" atau segmen2 tulang ikan tu, ini kerana sum-sum nya yang lemak akan mencair bila kita masak, yang tu akan menambah kesedapan kuah gulai kita nanti.. ok kalau dah ready jom tengok resipi ulang tayang ini....jangan muntah yeaa...
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g nangka muda, kupas dan potong sederhana besar, rendam
5-6 keping tulang ikan kurau masin, rendam
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1200 ml santan cair
250 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
9 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
15 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1/2 camca teh lada hitam*
1 keping nipis hirisan lengkuas*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g nangka muda, kupas dan potong sederhana besar, rendam
5-6 keping tulang ikan kurau masin, rendam
2 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1200 ml santan cair
250 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
9 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
15 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
3 biji buah keras*
1/2 camca teh lada hitam*
1 keping nipis hirisan lengkuas*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan nangka muda (toskan dahulu), bersama bahan kisar, serai titik dan tulang ikan kurau (toskan dahulu), gaul rata dan tuang santan cair. Didih dan masak hingga nangka empuk sedikit.
- Tambah asam gelugor dan daun kunyit. Tuang santan pekat, kacau dan biar mendidih perlahan. Masukkan sedikit gula (sapa nak pakai serbuk perasa pun ok). Kemudian rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Biar mendidih hingga nangka empuk tapi tidah lembik.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng.
11 Comments
salam mat...kak rose memang tengah lapar yg teramat.tu yang masuk blog kamu.K.rose bercuti sejak hari khamis,so memang badan dah lemah longlai..masih mode malas..kalau makan gulai lomak kamu nih agak2 lah kan bertambah lemah ke?hahaha.Tak pe,kak rose jamu mata aje...lebih selamat gitu...ekk!sedap,sedap.sedap.
ReplyDeleteAduh... CMG leh pulak buat pasal makanan tgh ari ni... Grrr.. lapar....
ReplyDeleteBtw, nasib la makanan tu its not my favourite... Miahahahha
CMG leh tak wat makanan tentang ayam... Sebab makanan saya adalah yang berlauk ayam sahaja
sedap ni mat.tapi kalo makan time hujan2 chenggini..kembung le perut aku niii..ada plak sambal belacan...pergh..
ReplyDeleteulanglah tayang brapa kali pun.. tetap maintain mengancam!
ReplyDeleteskali gulai nangka la plak..mane nak dpt gulai ni kat kl ek? korang de idea tak? nak masak cam malas plak..nak kene cari nangka muda..
ReplyDeleteAssalamualaikumwbh....
ReplyDeleteNyum3...it wud match with sambal belacan and ikan kembong segar di panggang!!
Ya Allah mat..sedapnyaaa!!! ni mmg fav akak. tu hari pi psr tani, nmpk nangka muda terus rembat. sampai umah terus je msk lemak ltk daun selasih ngan ikn kering kurau sikit. pehhhh....mkn sampai 2 pinggan, nasib hubby x de, kalu takkk, malunya buruk lantak.hehehe
ReplyDeleteMat I baru singgah kat Ummi tadi. Ni just wanted to congratulate you for making your debut kat Majalah Jelita.
ReplyDeletecik mat gebu..
ReplyDeletetahniah anda telah memikat si "jelita"
terus admire u aww~
tahniah!!!
adoi!~sedapnye..uwaaa..mak tolong masakkan~hehe
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.