Salam Khamis untuk semua, diam tak diam dahhh Khamis...cepat nyaaa masa berjalan.. Amacam semua, sihat ke?...Mat dahh ok banget tak demam, tak selsema atau batuk, tapi tatau lah esok2..Apa pun yang berlaku terima jelah dengan redha. Ok hari ni nak share satu masakan senang, cepat dan sedap dimakan begitu saya atau bersama nasi, kalau dengan nasi wajib ada ikan goreng atau ikan masin, sambal belacan dan nak sedap lagi telur asin..siap lah lepas tu darah tinggi koo orang mencanak naiknyaaa....hahaha, Tumis air rampai ni masak tumis air biasa yang mat campurkan dengan beberapa bahan yang tersedia ada dalam peti sejuk...Manfaatkan selagi ada, dari terbuang..betul tak semua...Resipi nak tulis ke?..sebab yang ni mesti ramai yang tau buat, ok lah lepas cerita dibawah ni mat tulis yeaa....
Haa, yang ni nak share juga, bagus ni tau. Jus sihat ni antara kegemaran mat. Buat dia senang teramat sangat, main blender, tapis, letak madu, kacau dan boleh minum, selalunya minum waktu pagi elok, nak tau apa benda2 yang mat letak dalam tu..nanti kita tengok resipi. Sebelum tu, nak kabo sikit jus ni rasa dia bukan lah sesedapp macam sirap bandung, jus oren atau air tebu...Tapi pada mat rasa dia nyaman lahh...tekak masing2 kan, apa yang kita suka, tak mestinya orang lain suka....
BAHAN-BAHAN TUMIS AIR RAMPAI :-)
1 biji petola sederhana, kupas, cuci dan potong
1 keping fucuk, kerat2 dan rendam hingga lembut
150 g cendawan tiram, kerat 2 jika besar
1/2 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam hingga lembut
1 liter air
1 camca besar udang kering, remdam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS SIHAT :-)
1 biji epal hijau, didadu*
1 batang saleri, dikerat*
1/3 batang lobak merah, dikerat*
30o ml air*
1 camca besar madu

- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis udang kering, hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Tuang air dan masukkan kiub ikan bilis. Bila mendidih, masukkan fucuk tadi. Biar fucuk lembut.
- Tambah petola, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Bila mendidih, masukkan cendawan tiram dan soo hoon, biar mendidih perlahan hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan panas. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS SIHAT :-)
1 biji epal hijau, didadu*
1 batang saleri, dikerat*
1/3 batang lobak merah, dikerat*
30o ml air*
1 camca besar madu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kisar semua bahan bertanda (*) hingga hancur, tapis dan ambil jusnya. Masukkan madu dan kacau rata, hidangkan segera...nak sejuk boleh letak air batu... Selamat Mencuba!!
4 Comments
salam che' mat
ReplyDeletesayur tumis air ni mmg sesuai sangat dimakan mase tengah2hari terek mcm ni..bermangkuk2 bole kite hirup..tak yah makan nasik..sambal belacan bubuh lebih sket kat dlm tu..mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak..
salam datin el...
ReplyDeleteMemang betul, ini pun sayur2 yang diberi oleh kenalan, jadi elok lah kita masak sebelum ianya rosak..jimat duit belanja aku...hehe
bang mat ni buatkan sy rindukan masakan mak di kg je. dedulu kite panggil 'jangan bening'.
ReplyDeletesalam petunia...
ReplyDeleteBetul tu, kalau ada masakan yg mak2 kita masak, sure jadi rindu kann..