As'laikum semua, dah makan ke.....Hari ni mat buat kerabu tomato, mat guna tomato yang muda dan setengah masak. Tomato yang muda sedikit ni rasa dia lagi manis dan rangup. Kalau tomato masak ranum tu pun ok juga cuma kurang rangup dan cepat berair. Resipi mat dapat dari buku masakan "Kerabu Dan Salad" yang kesemua resipinya hasil nukilan "kak liza" kita yang femes ituuu (dalam buku dia tulis "salad tomato")...ada macam2 resipi tau dalam dia...ada 10 siri buku masakannya setakat ini....Dari pemerhatian mat lah, buku ini sesuai sangat sebagai rujukan dan panduan serta memberi idea memasak. Lagi satu nak khabar, kalau yang baru nak berjinak2 memasak atau yang baru berumahtangga, buku ni teramat lah sesuai......harga mampu milik!!!!.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato (mat guna 4 biji)
100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
3 biji limau kasturi, ambik jusnya
1 camca besar gula
50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
5 biji cili padi hijau*(*dihiris)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato (mat guna 4 biji)
100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
3 biji limau kasturi, ambik jusnya
1 camca besar gula
50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
5 biji cili padi hijau*(*dihiris)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tomato dihiris kasar, ikan bilis dicuci, toskan dan goreng garing, angkat dan toskan. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris, daun pudina (daun kesom) gula dan jus limau kasturi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan bersama nasi putih sebagai pembuka selera.....sedap i tell uuu!!!!
2 Comments
sedap tuu..mcm dh terliur dh ni!!!
ReplyDeletekalau anak dara combi nmpk kerabu tomato ni..la ni gak dia suruh buat.dia mmg antu kerabu mat :p
ReplyDelete