CARROT POUND CAKE

Carrot Pound Cake

Lama juga rasanya tak buat kek...Sebenarnya mat ada juga buat kek, tapi masa buat dah petang, jadi nak tangkap gambar pun nanti tak cun, oleh yang demikian, habis lah kek tu dimakan oleh sekelian penduduk rumah yang ada...

Carrot Pound Cake

Kek ni agak mudah dibuat dan yang bagusnya, kita boleh pelbagaikan rasanya mengikut citarasa masing2. Contohnya kalau tak suka carrot, boleh letak blueberry (beli yg untuk buat pie filling tuu..)...kalau nak letak strawberry pun boleh, nak buat marble pun boleh dan macam2 lagi lahh...ok, tak mo cerita banyak..jom tengok resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
CARROT POUND CAKE CARROT POUND CAKE Reviewed by Mat Gebu on 5/25/2009 11:37:00 AM Rating: 5

14 comments:

  1. salam che mat, berkenan la dgn kek carrot ni. nak tanya skit, gula tu 2/4 ke 3/4 cawan?

    ReplyDelete
  2. Nor...
    salam nor...gula tu 3/4 cawan, kalau di campur sekali dgn gula perang...tapi kalau nak guna semua sekali gula halus pun boleh juga...tak de masalah..

    ReplyDelete
  3. jd maknanya gula halus tu 1/2 cawan jer la ya.. sbb kat resipi tu che mat letak 2/4 cawan. ok.. tq

    ReplyDelete
  4. nak try..nak tryyyyy!!! nmpak senang nak buat!

    ReplyDelete
  5. cik mat...nak tanya..tepung berapa byk ye???

    ReplyDelete
  6. Nor...
    Yeaa betullllll kata tuan hamba ituuu!!

    ain...
    Adehh nasib baik u tanya, saya tercicir tepung gamaknyaa...tu dah edit balik, terima kasih byk2 yeaa.

    ReplyDelete
  7. salam che mat, smlm k.nor dah buat kek carrot ni.. alhamdulillah yummy sgt, mmg mabeles nak2 bila letak creamcheese frosting tp k.nor buat dlm bentuk cupcake. tq che mat

    ReplyDelete
  8. salam mat
    nak tanya lah mcm mana kalu kita nak buat kek pound yg gebu n teksturnya halus mcm kek silverbird tu?

    ReplyDelete
  9. kak nor...
    Terima kasih kak nor, sebab sudi mencuba...eh betul jugak kan, nanti saya nak cuba letak cheese frosting juga...

    mimi...
    salam mimi, apa kata u cuba resipi yang ni, tapi tak payah letak lobak merah, just plain pound butter cake..n one more thing, guna high quality butter for best result, macam jenama golden churn, anchor atau s.c.s... Lagi satu tepung gandum tu cuba u ganti dengan tepung halus atau "hong kong flour"....Selamat mencuba!!

    ReplyDelete
  10. mimi...
    Lupa pulak satu perkara..kalau u guna tepung Hong Kong, + 1 teaspoon baking powder dan ayak 3 kali yeaa....

    ReplyDelete
  11. cik matttt...biha da try da resepi ni..sedapnyer dapat makan panas2 walopun hangus diatas...huhuhu...

    thnks for the receipe...

    ReplyDelete
  12. salam En.Mat. Nampak sedap kek u. I ambil resepi sebab i ni suka mengumpul koleksi2 resepi

    ReplyDelete
  13. salam en mat, saya dah try buat kek carrot tu, bila dah siap sya tgk parutan carrot tu mendap kt bawah je... tak mcm dlm gambar en mat tu cantik je.... Kenapa jd mcm tu ya en mat???? Saya dah ikut step by step tp jd mcm tu jugak...

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.