Nama macam "iklan" kan, tapi mat gabungkan beberapa jenis sayur kampung yang mudah didapati di kampung2 atau pun di pasar2 (bagi yang dok bandar) ke dalam gulai udang galah....
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g udang galah, siang, buang kotoran dan cuci bersih, toskan
1 biji jantung pisang nipah
3 - 4 biji peria katak
1 cawan terung pipit
2 batang serai, dititik
2 keing asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
4 biji cili merah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kupas jantung pisang, buang kelopak yg keras hingga jumpa bahagian berkulit lembut dan cerah, belah 2, kemudian belah lagi 2 setiap bahagian, rendamkan. Peria katak, dibelah 2 dan buang biji, potong tapi tak putus setiap belahan. Terung pipit, diasingkan dari tangkai, cuci dan tumbuk setakat pecah2 sahaja di dalam lesung batu. Ketepikan.
- Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai dan asam gelugor. Masukkan jantung pisang dan gaul rata2. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
- Masukkan terung pipit dan udang, masak dengan api sederhana hingga jantung pisang lembut. Tuang pati santan dan masukkan peria katak. Tambah garam dan secubit gula. Masak hingga mendidih dan peria lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api...
1 Comments
Assalamualaikum Pak Cik........Sedapnya Udang Ni.....Menambat Selera....Tapi Kak Lin Tak Leh Makan Udang Besar2 Ni....Alahan....
ReplyDelete