Hari ni kita makan "Gado-Gado Peranakan"...Resipi khas dari nyonya peranakan Singapura. Saja suka2 nak mencuba dan merasa. Tapi mat ada sikit frust laaa, sebab benda wajib tak de dalam gado2 ni...tak lain tak bukan, "Tempe"!!!!!.......
Tah macam mana lupa sungguh hari ni Isnin, jadi pasar tak de tempe u, nak beli kat kat "Nita", jauh sangat dia dok UK!!!...Tak kesah lah Temahhh, janji gado2 ni sedappp, tapi kalau sesapa nak buat, jangan lupa tau, "Tempe"......
BAHAN GADO-GADO :-)
100 g kacang panjang
3 biji kentang
1 biji timun
2 keping tempe saiz besar
2 keping tauhu
5 biji telur
250 g kobis
Sedikit cili padi, jika suka
BAHAN KUAH KACANG :-)
250 g kacang tanah
200 ml pati santan
350 ml air
1/3 cawan jus asam jawa
5 camca besar gula
Garam secukup rasa
12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
10 biji bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
- UNTUK KUAH KACANG :- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
- UNTUK GADO2 PERANAKAN :- Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!
1 Comments
I have some tempeh in my freezer Mat..If only we were neighbor..I can just save some bags for you..too bad we are thousands miles away..
ReplyDeleteanyway it still looks good and yummy tho without tempeh..