KEK LAPIS ASAM MANIS

Kek Lapis Asam Manis

Ini projek tertangguh yang mat sebut tu. Sepatutnya minggu lepas dah buat, tapi tiba2 masa tu oven meragam, terus batal......

Step By Step 1267

Tapi hari ni terpanggil nak buat balik kek lapis asam manis, jadi bila dah terpanggil tu maknanya, macam dah rajin laaa....Resipi asal dari "Rozzan", sedap rupanya kek lapis asam manis ni, patut pun femesss!!!!

Bahan-Bahannya :-)
450 g mentega
190 g gula halus (mat guna 150g)
10 biji telur gred A
300 g biskut "Marie", dikisar halus
1 tin kecil susu pekat manis
85 g seri kaya
1 camca teh esen vanilla
2 bungkus asam manis (Haw Flakes), setiap bungkus ada 10 pack
1 camca teh pewarna makanan merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C (api atas dan bawah). Lenser tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (adunan akan kelihatan berbiji2), masukkan seri kaya dan susu pekat manis. Putar hingga sebati.
  3. Perlahankan speed, masukkan biskut marie kisar sedikit demi sedikit hingga habis dan tuang esen vanilla. Gaul hingga semua rata, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak, dan letak warna merah, hijau dan kuning pada tiap satu bahagian. Kacau hingga rata.
  4. Tuang 4 camca besar adunan warna kuning, ratakan dan bakar hingga masak. Keluarkan dan tuang lagi 4 camca besar adunan kuning, ratakan dan bakar kembali (kali ini tukar pada api "grill" sahaja) hingga masak.
  5. Kemudian tuang 4 camca besar warna hijau, ratakan dan susun asam manis (haw flakes). Bakar kembali hingga masak, tekan2 sedikit dengan sudu dan tuang 4 camca besar adunan hijau, ratakan dan bakar hingga masak.
  6. Diikuti dengan warna merah sebanyak 2 lapis. Susun asam manis pada lapisan ke tiga. Buat hingga siap.
  7. Kek akan menjadi = Kuning 2 lapis + haw flakes + Hijau 2 lapis + haw flakes + Merah 2 lapis + haw flakes dan seterusnya....Selamat mencuba!!!

Post a Comment

16 Comments

  1. Kek lapis tradisi mmg kaler mcm ni,tp dyg saja buh 2 warna jer,ehhe bab malas nak melapis kaler maler,dah byk sgt melapis kek,kdg2 kaler tu konpuse plak,tu payah hahaha

    ReplyDelete
  2. Mat, rajinnya Mat.. untung la family Mat dpt ayah mcm ni. Cantik sungguh kek lapis ni.

    ReplyDelete
  3. abg mat..meh pos kt UK ni..hehe...

    nak tanya berapa gm 1 tin susu pekat tuh?sb 1 tin susu msia tak sama dengan 1 tin susu kt UK

    ReplyDelete
  4. dayang....
    Eh mmg betul, i pun kadang2 jadi konpius pasal kaler2 dia...hhehehe.

    Yasmin...
    Terima kasih....

    CtNik...
    Mat guna dalam 450 g susu pekat manis...

    ReplyDelete
  5. cikMat ooi...cantik dah kemasnya kek lapis awak...jeles saya

    ReplyDelete
  6. Mat, emm angin melapis pun dah melanda gak kat Kuantan ni..nnt nk buat lg laa..bila dah buat, rasa x susah manapun ek..hehe..Cuma nak duk tepi oven lama sikit n ada keje akak yg tergendala sikit..muahahaa... :)

    ReplyDelete
  7. cam sedap je kek....
    abg mat , kalau kite bakar kan... meaning yang colur lain kat Q tu kena tunggu sampai ke.. dia terbantutke.... saya teringin nak mencuba tapi takut tak jadi...

    ReplyDelete
  8. Mat, lenkali buat, buat lelebih sket eh. Ma nak sebuku.

    ReplyDelete
  9. Hah, elok pun kek lapis Cik Mat. Tahniah, berseri-seri kek lapis asam manis tu dok atas pinggan Cik Mat!

    ReplyDelete
  10. siti azma...
    Alahh i kan baru2 nak mencuba, tapi ok lah kan..

    kak ummi..
    kita dah pe melawat laaa, ceun kek lapis akak....tahniahh!!

    yatie..
    kek lapis tu lepas u bakar satu lapisan dan nampak perang je, u keluarkan dan lapis lagi dgn adunan, then bakar lagi sampai keperangn....dia tak bantut sebab kek lapis bukan mcm kek sponge..kek ni kan lepas 1 - 2 hari dia jadi lembap tau..

    mamafami..
    Wokey mama, nanti kat buat lebih, mama punya satu yeaa...

    Rozzan...
    Terima kasih kerana resipikat blog u yang sedap tu yeaa...nak try yg lain nanti..

    ReplyDelete
  11. cek mat gebu bleh tanya sikit setiap lapis tu masak untok berapa minit cik mat selalu nak buat kek lapis tak menjadi thanks ye cek mat kalau sudi beri tahu

    ReplyDelete
  12. salam che mat,nak tnya klo bakar di tukar kepada kukus camne ek??
    mana lagi sedap?

    ReplyDelete
  13. cik mat.. grill maksudnya gune api bwh ke? sy ni baru je bli oven.. n baru je nak mencuba resepi2 kat blog cik mat ni.. hehe..

    ReplyDelete
  14. abg mat..saya dah cuba buat kek ni..apsal tak line setiap layer tu tak kemas..tinggi rendah..kasi la tips nak bagi cantik cam dlm pic tu..

    ReplyDelete
  15. thank you abang mat.. resipi kek ni akan jadi kek official tahunan saya lepas ni.. akan turunkan kat anak-anak

    ReplyDelete
  16. Bile dah habis melapis tu kena bakar brp minit lagi ye n brp degree

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.