SALMON TERAYAKI

Semalam berjalan2 di blog "Che De Sam"...TIBA2...jeng..jeng..jeng..pakcik ternampak resipi "Salmon Terayaki"....mulalah nak mencuba...jadi dengan rajinnya pagi tadi pakcik memeraplah 2 keping ikan salmon yang dah lama men"janda" dalam freezer...rasa dia hmm.. lemak2 dan sedap (pakcik olah sedikit resipi nie...sikittt jeee....), cuma kalau suruh mak/ayah mat makan sure depa lagi sanggup makan maggi!!!...hahahaha....

Bahannya:-
2 keping daging ikan salmon*
1/2 biji lemon, perah jusnya*
1/4 camca teh garam*(*gaul dan perap 15 minit, cuci dan toskan)
1 camca teh mentega
4 camca besar susu cair
Sedikit serbuk lada sulah

Bahan Pemerap:-
1/4 cawan minyak jagung
2 camca teh minyak bijan
3 camca besar jus lemon
3 camca besar kicap cair
1/2 camca teh "mustard"
1 camca teh pes halia
1/2 camca teh pes bawang putih

Bahan Sampingan:-
2 biji kentang, kupas, potong dadu dan rebus empuk, toskan
1 batang saleri, potong dadu
4 kuntum cendawan butang, potong dadu
1 biji tomato, potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh cincangan parsley

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas (tupperware), satukan semua bahan2 pemerap dan kacau hingga semua sebati. Masukkan kepingan ikan salmon tadi dan perap 1 - 2 jam (sekurang2nya). Simpan dalam peti sejuk.
  2. Asingkan ikan dari bahan pemerap. Panaskan bahan pemerap tadi dalam frying pan hingga sedikit pekat. Matikan api, gunakan bahan ini utk menyapu atas ikan semasa proses memanggang nanti.
  3. Kemudian panggang dalam oven kepingan salmon tadi. Gunakan fungsi grill dan set suhu pada 190C. Grill kurang lebih 10 - 12 minit untuk setiap bahagian ikan. Sapu no.2 tadi atas ikan semasa proses menggrill.
  4. BAHAN SAMPINGAN:-Sementara itu, dalam frying pan lain, panaskan mentega dan masukkan cincangan bawang putih, diikuti saleri dan cendawan. Masukkan juga kentang dan sedikit serbuk lada sulah dan di akhiri dengan tomato. Kacau hingga sayur masak. Padamkan api dan masukkan cincangan parsley, gaul rata dan ketepikan.
  5. Lebihan bahan pemerap tadi, dipanaskan dan masukkan 1 camca teh mentega, 4 camca besar susu cair dan lada sulah. Gaul hingga rata dan semua sebati. Guankan sebagai sos.
  6. Dalam pinggan letak sekeping ikan salmon tadi, bubuh bahan sampingan dan curahkan sedikit sos. Hias dengan taburan parsley dan hirisan lemon....

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam...bang nak tnye sikit...if takde oven yg da function grill..leh tak kalau sy gune non-stick pan aje..tq kerana menjawab

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.