KUIH KELADI (O - KUEY)


Resipi dari kaum "Hokkein" dan terima kasih kepala 'Lydia' kerana sudi berkongsi resipi ini.....

Bahan disatukan:-
170 g tepung beras
40 g tepung ubi
500 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/4 camca teh serbuk rempah lima (5 spices)
1/2 camca teh serbuk pati ayam MAGGI

Bahan lain:-
300 g keladi, dikupas dan potong dadu
50 g udang kering, direndam 10 minit dan toskan
6 biji bawang merah kecik, dihiris halus
1 biji cili merah
3 camca besar minyak masak
Daun sup/bawang secukupnya

Cara membuatnya:-
1- Satukan "bahan disatukan" dan kacau dgn wisk hingga sebati. Ketepikan.

2- Panaskan minyak, goreng keladi hingga sedikit perang, angkat dan toskan. Kemudian masukkan bawang merah yg dihiris dan goreng hingga kuning, angkat dan toskan.

3- Masukkan udang kering dalam kuali yg sama dan goreng hingga perang. Masukkan bancuhan no.1 dan dikacau. Gunakan api kecil.

4- Masukkan keladi dan gaul hingga rata, angkat dan salin ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn sedikit minyak dan ratakan adunan tadi. Kukus atas air mendidih selama 40 minit. Angkat dan sejukkan.

5- Untuk menghidang, potong bentuk kiup atau serong, salut dgn sedikit tepung dan goreng dgn minyak sedikit sehingga permukaan jadi perang, hias dgn cili merah, daun sup/bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama sos cili atau sambal tumis...

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.