Cuci mata dulu yeaa...dengan "Rempeyek Kacang Tanah"....bonda mat buat tak pakai acuan bulat macam piring tu, dia suka siram bancuhan tu tepi kuali saja....
Lagi satu wajib bagi orang2 jawa.."Tumpi Kacang Hijau"....yang ni, kacang dia kena rendam dulu, kalau tak kacang tu keras macam batu kerikil!!!
Kerepek pisang pun sama, mesti ada, sebab utama ialah pisang tanduk ni pokok pisang kegemaran ayah mat untuk ditanam di kebunnya....ini lah hasilnya!!!!!
Resipi Asas Untuk Rempeyek/Tumpi:-
500 g tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 biji kelapa, diparut
Kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
4 - 5 ulas bawang putih
1/2 cawan ketumbar biji
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca besar udang kering, rendam 5 minit dan toskan
1 camca besar ikan bilis, rendam 5 minit dan toskan
Cara membuatnya:-

- Kelapa parut diperah santan secukupnya (lebih kurang 1.5 liter). Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung ubi dan bahan kisar. Larutkan kapur dengan sedikit santan. Masukkan dalam tepung tadi.
- Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan wisk hingga adunan sempurna kepekatannya. Kalau bonda mat, dia kata kalau kita celup senduk dan angkat, belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung, kira dah ok...
- Perasakan dengan garam, jangan letak banyak2 dulu kerana udang kering dan ikan bilis tu dah masin. Adunan siap untuk ditebar tepi kuali atau menggunakan acuan macam piring tu.
- Terpulang sama ada ingin menggunakan kacang tanah, kacang hijau atau kacang dhal...Jika gunakan kacang hijau, cuci dan rendam terlebih dahulu untuk kurang lebih 6 jam, begitu juga kacang dhal perlu direndam (tapi tatau pulak berapa lama nak rendam, sebab tak pernah buat tumpi kacang dhal)...
- PERHATIAN!!..Resipi ni mat cuma buat anggaran sahaja, sebab bonda mat dia guna kaedah "agak2 dan ikut rasa"...tatau mcm mana nak menggayakannya....
0 Comments