KEK KEJU KUKUS HO AH LIN...

Kek keju kukus hasil air tangan Puan Nor Zailina Nordin @ Kak Lina @ Ho Ah Lin memang sedap, lemak, harum dan kurang manis. Resipi ni mat terjumpa dalam majalah Jelita bulan Oktober 1999...nak minta maaf juga pada kak lina, kerana beliau bercadang nak masukkan resipi dan gambar kek ni dalam blog beliau, tapi pakcik dah terbuat dulu....hehehe..Ho Ah Lin..waa minta maaf dan minta halal sama luu ok!!...

Bahan-Bahannya:-
3 biji telur gred A, asing kuning dan putih
100 g gula halus
1 1/4 camca teh garam (mat guna 1 camca teh saja)
250 g cream cheese
150 ml whipping cream
100 g tepung gandum*
30 g tepung jagung (corn-starch)*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca teh cocoa powder

Cara membuatnya:-
  1. Lenser tin berkuran (7 x 7 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser permukaan kertas juga. Panaskan kukusan.
  2. Putar putih telur dengan sebahagian gula halus dan garam hingga kental. Ketepikan. Dalam bekas lain putar cream cheese sampai gebu, masukkan baki gula dan terus memutar lagi.
  3. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul, tuang whipping cream berselang-seli dengan tepung. Masukkan esen vanilla dan gaul hingga semua rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan gaul rata. Satu lagi dibiarkan pada warna asal. Masukkan ke dalam piping beg berasingan bagi setiap bancuhan.
  5. Gunting sedikit hujung piping beg dan picit garisan berselang seli antara bancuhan kosong dan coklat pada dasar tin. Kukus atas air mendidih selama 8 - 10 minit. Kemudian picit lagi adunan secara berselang-seli juga, tapi pastikan adunan coklat berada atas adunan kosong. Kukus lagi 8 - 10 minit. Buat hingga siap, keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas jaringan. Hias ikut suka...(maaf mat tak sempat nak hias apa2)..
  6. TIPS:- Mat bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air wap gugur atas kek...

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.