BEEF CHAR SIEW


"Beef Char Siew"....pada mat ini benda baru, kalau orang2 cina mereka guna "benda" yang kita tak boleh makan (haram!!)..tapi boleh kita ubahsuai penggunaan bahan tersebut dengan daging lembu atau pun daging ayam....asalnya mat ke dapur "Great Lydia"....dan ternampak produk char siew hasil dari Lydia...Tapi paling utama, kalau nak lagi sedap...HARUS..di BBQ atas bara api arang, baru lah hasilnya amat memuaskan...selamat mencuba untuk semua!!!

Bahan-Bahannya:-
500 g daging batang pinang
1 camca besar madu
2 camca besar Hoisin Sauce
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh kicap cair'
2 biji bawang putih, tumbuk lumat
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh pewarna merah (food coloring), optional

Cara membuatnya:-
  1. Potong daging batang pinang 3 bahagian memanjang. Cuci bersih dan toskan. Cucuk setiap bahagian daging tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan diatas kecuali daging dan madu, gaul hingga rata dan sebati. Masukkan daging dalam beg plastik (yang baru) atau tupperware, tuang bahan perap dan gaulkan dengan daging hingga rata. Masukkan dalam peti sejuk dan perap 1 - 2 malam. Kalau simpan dalam freezer, boleh dibiarkan hingga 3 bulan (lagi lama, lagi sedap).
  3. BEEF CHAR SIEW:- Asingkan daging dari bahan2 pemerap. Panaskan bahan pemerap tadi hingga sedikit pekat, matikan api dan masukkan 1 camca besar madu, gaul rata. Hidupkan api arang (charcoal) hingga menjadi bara, BBQ daging tadi hingga masak, sapu bancuhan tadi semasa proses membakar. Tujuan menyapu untuk menghasilkan lapisan kilat pada daging. Selamat mencuba!!!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.