RESIPI PUDING ROTI - Dapur Tanpa Sempadan...

Sunday, September 2, 2018

RESIPI PUDING ROTI

rsz_prmg
Assalammualaikum, salam semua dan belum terlewat rasanya untuk che mat ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang 61. Hari ni nak kongsikan dengan semua resipi puding roti yang amat senang dan paling enak dimakan ketika cuaca panas dan semestinya dihidangkan sejuk. Mungkin ini resipi yang biasa anda buat di rumah dan puding roti salah satu hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Che mat pun tak merancang nak bikin puding roti hari ni, cuma rasa stress bila tengok ada baki 5 keping roti yang expired datenya hari ini (tau tak, bila nak bikin tadi, tengok balik, rupanya bukan 5 keping, tapi 4 keping wakk!, grrrr, nampak tak tahap ke stress an pakcik kau...huhu). Che mat takde resipi khusus untuk kali ini, cuma resipi asas dan bahan2 lain tu boleh tambah ikut suka hati masing, nak taruk coklat cip boleh, kismis boleh atau kosong macam tu pun ok, takde masalah.

rsz_prmg2
Di sebabkan dalam freezer che mat ada frozen raspberry dan blueberry, jadi kita gunakan sajalah, cuma toksah taruk banyak sangat. Buah2an ni rasa dia agak masam, jadi ini dapat mengurangkan rasa muak puding roti bila kita makan dengan sos kastard atau boleh juga ditambah dengan aiskrim vanilla masa nak makan nanti. Kalau ada strawberi pun boleh juga dimasukkan sekali, ikut apa yang anda suka. Resipi ini cukup untuk 4 - 5 hidangan, kalau nak buat lebih boleh gandakan resipi. Selain roti putih biasa, boleh juga guna roti butterscotch gardenia atau roti croissant pun sedap. Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini, jangan lupa mencuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwitch Gardenia
Campuran buah raspberry dan blueberry secukupnya
1 cawan susu cair
1 biji telur gred A
1 camca besar mentega, cairkan dan biar sejuk
2 camca besar golden syrup
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar gula pasir
Sedikit mentega, anggaran 3 - 4 camca teh

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 camca besar penuh gula pasir
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDING ROTI :- Panaskan oven pada suhu 180C. Sapu acuan tahan panas berukuran 7 inci x 5 inci x 3 inci dengan mentega, ketepikan. Dalam mangkuk besar, satukan susu cair, golden syrup, telur, esen vanilla dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, tapis dan ketepikan.  Roti dipotong 4 setiap 1, terpulang sama ada nak buang kulit tepinya dulu atau tidak. Che mat tak buang. 
  2. Susun 1/2 bahagian roti dalam bekas yang telah disediakan tadi. Tuang separuh bancuhan kastard, dan tabur rata 1/2 bahagian campuran buah raspberry dan blueberry tadi. Susun baki roti dan tuang baki kastard, tekan2 sedikit dengan belakang sudu agar roti menyerap dengan kastard, dan tabur rata baki campuran buah2an. Sudukan sedikit mentega pada beberapa bahagian permukaan puding, kemudian tabur sedikit gula pasir. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard kecuali esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan tapis ke dalam periuk, masak dengan api kecil dan kacau sentiasa hingga mendidih dan kastard pekat sedikit. Matikan api, tambah esen vanilla dan kacau rata. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Ceduk secukupnya puding roti yang telah sejuk tadi ke dalam mangkuk sesuai, kemudian tuang sos kastard secukupnya. Jika suka boleh tambah satu scoop aiskrim vanilla. Hindangkan segera. Selamat mencuba!

No comments:

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.