RESIPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING - Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, July 24, 2018

RESIPI SAMBAL TERUNG UDANG KERING

rsz_stuk (1)
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi ringkas dan bagi penggemar sayur terung, ini mungkin untuk anda. Tapi yang tak suka terung, toksah khuatir, kita boleh gantikan dengan bendi, kacang panjang dan sayur bok choy (sawi jepun yang kontot tu). Satu lagi yang bagusnya resipi macam ni, sambal dia boleh disiapkan awal, buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Selain untuk sayur, sambal tu sedap juga digunakan untuk bikin perencah nasi goreng. Che mat goreng sekejap terung sebelum digaul dengan sambal, tapi kalau nak salai atau kukus terung tu pun tak de masalah. Jika guna sayur bok choy, che mat sarankan sayur dicelur dalam air mendidih yang ditambah sedikit garan dan sedikit minyak masak. Begitu juga jika gunakan kacang panjang dan bendi. Menu macam ni enak dimakan dengan nasi panas yang dimasak lembut, ikan goreng dan sebelum makan, renjiskan nasi tadi dengan kicap...hmmm tak toleh kiri kanan dah!

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung ungu saiz sederhana
1 camca teh pes asam jawa
5 biji cili merah
5 biji cili padi (optonal)
1 biji bawang besar
1 pokok daun bawang, hiris
2 ulas bawang putih
3 bji buah keras
1 genggam udang kering, cuci dan rendam 10 minit dan toskan
1 biji tomato, dibuang bijinya (boleh ganti dengan 10 biji tomato ceri dan tak perlu buang biji)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dicuci, dan keringkan. Kemudian kerat 2 bahagian dan setiap bahagian dibelah 4, buat kaedah sama untuk baki terung. Gaul dengan sedikit garam, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas sambil dibalik2kan, angkat dan toskan.
  2. Dalam lesung batu, masukkan buah keras dan bawang putih, tumbuk hingga halus, masukkan pula bawang besar dan daun bawang, tumbuk lagi. Tambah cili padi dan cili merah, terus menumbuk hingga cili hancur. Akhir sekali masukkan udang kering dan tumbuk hingga udang lumat. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis bahan2 yang ditumbuk tadi, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga garing. Masukkan pes asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan terung, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun sup sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba!

No comments:

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.