RESIPI PECEL IKAN PARI - Dapur Tanpa Sempadan...

Tuesday, January 9, 2018

RESIPI PECEL IKAN PARI

rsz_pip
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni nak kongsi resipi pecel ikan pari. Menu ni che mat bikin dua hari lepas. Hari ni baru berkesempatan nak taruk kat blog. Rasanya sebelum ni dah ada menu pecel ikan pari tapi kali ni che mat bikin lain sikit. Biasalah, kan ada macam2 kaedah nak menghidangkan pecel ikan pari ni. Selain ikan pari, ikan keli pun boleh dibikin pecel. Ada kenalan FB che mat dia guna ikan caru ajer wakk. nampak sedap sangat. Memasak ni kena kreatif yea dah. Kalau takde ikan sangat, ikan kembong pun boleh, pernah tengok dulu ada orang kongsi gambar pecel ayam, ha ah..jangan tak percaya. Biasanya ikan untuk pecel perlu dibakar, kalau malas, kau goreng pun boleh, tapi toksah lah sampai garing, goreng sampai isi ikan tu masak sudah memadai. Ikan pari che mat guna kurang lebih 500 gram. Mahal betullah ikan sekarang ni, masa beli tu hari ikan pari RM 30 per kg!..kata teman2 FB, di tempat mereka, harga boleh mencecah ke RM 35 per kg!...perghh memang giler lahh...Tapi kalau harga dia mahal, kita belilah sikit, betul tak...Kalau nak mencuba pecel ikan pari, che mat tuliskan resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari (kurang lebih)*
1 biji limau nipis, perah jusnya*
1 camca besar garam*
3 helai daun cekur, hiris halus
1 keping asam gelugor
2 cawan santan segar (boleh guna santan kotak + air = 2 cawan)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci isi ubi cekur
20 biji cili padi kampung bewarna hijau (boleh kurang atau lebihkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dipotong pada saiz sederhana. Cuci, toskan dan gaul dengan bahan2 bertanda (*). Perap 20 minit. Kemudian cuci bersih, toskan dan gaulkan dengan sedikit garam (anggaran 1 camca teh) hingga rata. Bakar ikan pari tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan2 tumbuk hancur. Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Masak dengan api kecil hingga mendidih sambil dikacau sentiasa. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan sebentar.
  3. Ikan pari tadi dicarik2 isinya dan taruk dalam bekas sesuai. Kemudian tuangkan kuah santan, gaul rata dan boleh hidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!...

10 comments:

Keladi Betawi said...

happy bday cmg. semoga dalam rahmat Allah swt dan diberikN rezeki melimpah ruah. Terimakasih yang tidak terhingga atas perkongsian resepi.

Norliza Nordin said...

Good info

m.u.l.a.n said...

Sedap ni CM.. Thanx share resipi ya..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Lama tak mkn lauk ni, dulu mak akk salu masak

Suriya Majid said...

ada ikan pari dalam peti sejuk, kena cari cekur dulu baru boleh buat ni

Islamiahshaary said...

Nampak sedap. Tak pernah masak lagi lauk macam ni. Nanti boleh try masak.😘

Darren Rowse said...

Thanks for sharing great food recipe that help me cook delicious food!

Latina Media Com said...

Terima kasih kongsi resipi....mouth watering now :)

Latina Media Com said...

Sedap nyer....thank you berkongsi resipi.

Cheers,
Lat Tina

Yos Favorite said...

Ikan pari, masakan lauk kegemaran saya. Saya boleh makan satu mangkuk ikan pari tu jika ia terletak di depan mata saya. Haaha..

Eratuku

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.