BEN ASHAARI

Thursday, March 23, 2017

RESIPI PACERI TERUNG

rsz_ptj1
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak paceri terung. Ada yang panggil pajeri, tak kesahlah apa panggilan sekali pun ia tetap benda yang sama, mungkin resipi saja yang berbeza. Selain terung, boleh juga guna nanas, buah amra (kedondog), buah mangga (yang masak mengkal) dan ada juga buat paceri rambutan. Di Johor, masakan paceri antara hidangan wajib bila ada nasi minyak atau nasi briyani, tapi kebanyakkannya paceri nanas. Paceri ada dua versi, satu jenis berempah macam che mat bikin ni dan satu lagi paceri seakan2 acar atau paceri bombay dan paceri bombay hanya sesuai menggunakan nanas. Paceri seharusnya pekat dan bukan berkuah sampai meladung, tu dah jadi macam kari. Tapi, ini pendapat che mat lah, lain orang lain cara memasaknya. Dan mungkin ada yang suka berkuah yea dak. Paceri terung kali ni menggunakan terung ungu bersaiz kecil (tak sampai sejengkal), oleh sebab itu tangkai dia tak dibuang dan terung che mat belah 4 tapi tak putus. Nak resipi? Boleh lihat di bawah ini..

BAHAN -BAHANNYA :-)
10 biji terung ungu saiz kecil (kurang lebih 1 jengkal setiap 1)
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1
2 camca besar rata rempah kari ikan (Baba's)
1/4 jus asam jawa
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar kerisik
1 cawan santan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikerat sedikit hujung tangkainya (jangan dibuang tampuknya, biarkan melekat), kemudian belah empat setiap satu, tapi pastikan tidak putus, belah hingga hampir ke bahagian tampuk tangkai terung. Buat hingga siap dan rendam dalam air yang ditambah sedikit garam, Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Sementara itu, satukan bahan2 kisar halus dengan rempah kari ikan. Kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Masukkan ke dalam kuali, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak.
  3. Tuang jus asam jawa, kacau dan masukkan santan. Tambah kerisik dan biarkan mendidih dengan api kecil, kacau sentiasa. Masak hingga naik minyak. Tambah terung (toskan airnya dulu), cili hijau dan cili merah. Balikkan agar rempah bergaul mesra dengan terung tadi.
  4. Masukkan gula secukup rasa (anggaran 2 camca besar penuh atau anda boleh gantikan engan gula stevia) dan juga garam secukupnya. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga kuah peceri pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!

2 comments:

Azura Aziz said...

sedapnya pajeri terung CM. lama Qekra xmasak ni..

Mas Zull said...

assalamualaikum cik mat...wah !! sedapnya...:)

** Mama Maszull

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.