BEN ASHAARI

Tuesday, February 28, 2017

RESIPI KERABU PUCUK PAKU BERSANTAN

rsz_kppb
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang mudah dan sedap. Boleh dimakan bersama nasi putih atau diratah2 saja. Pernah cuba kerabu pucuk paku bersantan? Katanya agak popular di belah2 negeri pantai timur. Untuk resipi ini, che mat guna kurang lebih 1 cekak pucuk paku perak @ pucuk paku hijau. Rencahnya guna babat, kalau tak suka atau tak makan babat, boleh ganti dengan udang, sotong, kerang atau isi ikan kembong yang dibakar atau direbus. Ia sedap dimakan sejurus anda bancuh semua bahan2 kerabu. Santannya dimasak sekejap dengan bahan2 tumbuk halus dan disejukkan. Kerabu yang sedap mesti seimbang dari rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau ada bunga kantan, boleh masukkan juga, malangnya stok bunga kantan habis, dan kat pokok pulak bunga kantan dah kembang terkangkang, kalau nak buat perhiasan boleh lah 😸 .Anda nak mencuba?...Ok che mat kongsikan resipinya seperti di bawah ini yea....

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk paku
2 genggam taugeh, dibuang ekor
3 biji bawang merah kecil, hiris halus dan leraikan
4 - 5 biji limu kasturi, diperah jusnya
Babat lembu yang telah direbus dan dihiris halus sebanyak  1 1/2 cawan
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
5 biji cili padi merah (cilipadi Thai)
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 tumbuk halus ke dalam periuk bersama santan pekat. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa. Masukkan 1 camca teh garam dan 2 camca teh gula (atau secukup rasa), kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  2. Pucuk paku diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Panaskan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh selama 30 saat, angkat dan toskan. Kemudian celur pula pucuk paku tadi hingga lembut, toskan dan biar sejuk. Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuningan, dan ditumbuk  (tapi jangan sampai jadi kerisik, tumbuk hancur saja).
  3. Satukan pucuk paku celur, taugeh celur, hirisan babat, bawang hiris dan kelapa goreng dalam satu mangkuk besar, gaul hingga rata. Tuang santan yang dimasak dengan bahan2 tumbuk halus tadi. Gaul hingga semua rata. Seimbangkan rasa dengan menambah jus limau kasturi secukup rasa. Jika kurang masin atau manis, boleh tambah sedikit lagi garam dan gula. Hidangkan segera...Selamat mencuba!!...

2 comments:

cikkyra blogspot said...

sedapnya kerabu ni. terliur jap.

Tinie Muhammad said...

Menjejes air liur oii.. lama x mkn pucuk paku. Sedapnya... huhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.