BEN ASHAARI

Thursday, January 19, 2017

RESIPI KUIH KASWI GOYANG

rsz_kkg
Salam semua, jarang2 che mat dapat masukkan dua entri dalam sehari. Kalau dulu masa zaman kencang berblog. sehari sampai tiga atau empat resipi. Naik hairan orang tengok, ada yang tanya che mat asyik memasak saja ke. Tu jam tengah ghairah, apa sajar ku masak, mesti masukkan dalam blog waimah telur dadar atau sambal belacan sekali pun. Tapi sejak2 ni rasanya kena kurangkan sikit dah aktiviti memasak dan berblog. Tapi masih berblog walaupun tak serancak dulu. Blog che mat in sha Allah domain masih bernyawa hingga 2019. Kalau Allah panjangkan usia, boleh disambung untuk lima tahun lagi. Tengah hari tadi sambil masak, che mat bancuh adunan kuih kaswi goyang. Resipi che mat ambik kat blog Kak Azlita di sini. Tu hari nampak Kak Yatie Memories pun ada juga bikin. Membuatnya boleh dikatakan agak mudah dan kalau rajin boleh kukus dalam bekas kecil2, sama ada acuan kuih lompang atau acuan apam. Kalau malas, macam che mat, kau lambakkan dalam loyang dan kukus. Kuih kaswi ini kenyal dan liut sebab penggunaan tepung ubi yang agak banyak. Nasihat che mat jika anda tak ramai, boleh lah buat 1/2 dari resipi di bawah ini....

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi 'kapur makan)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
  3. Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau masak, boleh cucuk tengah2 bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak). Jika anda guna acuan2 kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam. Selamat mencuba!

3 comments:

Kjee said...

Salam Che Mat. Kjee baru terfikir nak buat esok. Nadia dan UnclePali suka sangat.

cikkyra blogspot said...

lamanya tak makan kuih ni......

Nina Mirza said...

Alamak... kejam nya!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.