BEN ASHAARI

Sunday, January 15, 2017

RESIPI AYAM CENCALOK

rsz_acn
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak menu orang peranakan. Ini salah satu kegemaran che mat selain ayam pongteh, udang lemak nanas dan beberapa jenis lagi. Ayam cencalok satu resipi unik. Pertama kali che mat cuba dulu bila nampak resipi dalam buku masakan Chef Florence Tan. Rasa dia cukup seimbang dengan rasa masam, masin, wangi dari aroma daun limau purut, serai dan jus limau kasturi. Paling sedap dimakan sama nasi panas yang dimasak lembut. Pada che mat ayam cencalok juga sesuai dimakan pada waktu bersahur di bulan Ramadan nanti. Che mat gunakan dua keping isi ayam bahagian dada. Tapi kalau dapat guna bahagian peha lagi sedap, kalau guna peha ayam, che mat sarankan guna empat atau lima ketul peha ayam dan keluarkan isinya. Untuk mendapatkan warna yang cantik, che mat tambahkan satu camca besar cili kisar. Bagi yang suka pedas, boleh masukkan beberapa biji cili padi merah dan hijau yang diketuk untuk menggantikan cili merah dan cili hijau biasa. Resipi seperti berikut..

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 keping isi ayam bahagian dada (atau 4 - 5 ketul peha ayam, diambil isinya), potong dan hiris memanjang, cuci dan toskan
1/4 cawan cencalok, taruk dalam tapis kecil, dan perah sedikit airnya
3 helai daun limau purut
1 camca besar cili kisar
1/4 cawan jus asam jawa
3 bji limau kasturi, perah jusnya
1 camca teh penuh gula
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 cawan air

BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 1/3 cawan minyak, kemudian goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga menjadi bawang goreng, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam anggaran 4 camca besar. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak, baru masukkan cencalok, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan hirisan isi ayam, gaul rata dan masak hingga isi ayam berubah warna. Tambah jus asam jawa dan air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah gula, daun limau purut, hirisan cili merah, hirisan cili hijau dan 1/2 bahagian bawang goreng. Gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur baki bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!.

2 comments:

PeRdU cINta said...

Unik..pertama kali ni dengar...insyaAllah boleh dicuba...terima kasih perkongsian resipi :)

yanie yusuf said...

wahh ayam cencaluk.. menariknya.. nak try buat lah.. terima kasih share resepi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.